Categories
NASIONAL

Tengku Adnan digesa istihar harta, tangkis wujud DBKL Official 1

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PEKANBARU, 22 OGOS: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Mansor sengaja mencari alasan tidak munasabah untuk mengelakkan diri daripada membuat pengisytiharan harta.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, berkata pimpinan tertinggi Umno itu perlu membuat pengisytiharan harta bagi menepis spekulasi negatif mengenainya.

Katanya, kegagalan beliau mengukuhkan lagi dakwaan negatif bersabit penahanan pegawai tertinggi kerajaan bergelar Datuk Seri yang terpalit skandal kewangan dan pengumpulan harta.

FAHMI“Tengku Adnan perlu ingat bahawa pembayar cukai tidak diberi hak memilih Datuk Bandar dan Ahli Lembaga Penasihat DBKL.

“Oleh itu, proses semak dan imbang terhadap mereka yang mempunyai kuasa eksekutif untuk membuat keputusan (executive decision-making powers).

“Ini termasuk Menteri Wilayah Persekutuan perlu berada di tahap yang lebih tinggi daripada yang ada sekarang termasuk pengisytiharan harta kepada umum,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas respon Tengku Adnan yang gagal membuat pengisytiharan harta dengan alasan kononnya berkait aspek keselamatan beliau dan keluarganya.

Tengku Adnan sebelum ini berkata, aset dan harta kekayaan yang dimilikinya diperoleh sebelum beliau menjawat jawatan Menteri Umno.

dbkl

“Usah takut mengisytihar harta kepada umum kerana saya percaya PDRM sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan mereka serta keselamatan seluruh rakyat Malaysia daripada penjenayah dan perompak.

“Malah, sekiranya dasar pengisytiharan harta kepada umum ini dilaksana bukan sahaja di Kuala Lumpur, bahkan di Putrajaya, saya pasti kita akan dapat selamatkan Malaysia dari ‘Malaysian Official 1’ dan Kuala Lumpur daripada individu seperti DBKL Official 1,” kata Fahmi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.