Categories
BERITA UTAMA SELANGOR SUKANKINI

Piala Malaysia: PKNS FC turut layak ke suku akhir

SHAH ALAM 21 OGOS: PKNS FC dan Polis Diraja Malaysia mengisi dua slot ke suku akhir Piala Malaysia selepas berakhir perlawanan Kumpulan C.

PKNS FC membuka tirai jaringan menerusi pemain import dari Palestin, Matias Hadwa seawal minit ketiga perlawanan sebelum bekas pemain kebangsaan, Safee Sali menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat pada minit ke-42.

Manakala PDRM menewaskan Perak 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka, sekali gus muncul juara kumpulan dengan kutipan 10 mata, manakala PKNS FC mengiringi mereka dengan kutipan lapan mata setelah seri 1-1 berdepan juara Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam.

Pada aksi di Melaka, PDRM mendahului 2-0 hasil jaringan Guilherme de Paula pada minit ke-21 dan Muhd Fakhrul Aiman Sidid pada minit ke-58, sebelum Elias Fernandez mengurangkan defisit jaringan menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-65.

Enam pasukan sudah melayakkan diri ke suku akhir sebelum ini iaitu Kedah dan T-Team dari Kumpulan A, Selangor dan Kelantan (Kumpulan B) serta Felda United dan Negeri Sembilan dalam Kumpulan D.

Peringkat suku akhir Piala Malaysia dijadual berlangsung mengikut format timbal balik pada 27 dan 28 Ogos serta 17 dan 18 September ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.