Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Bukan ‘hero kampung’, UNISEL buka kampus baru di Bangladesh

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PEKANBARU 21 OGOS : Prospek pendidikan Universiti Selangor (UNISEL) diperluas ke negara luar dengan pembukaan operasi kampus baru di Bangladesh 2017 ini, kata Timbalan Naib Canselor Pentadbir, Perancangan dan Jaringan Global Unisel, Profesor Dr Mohd Nor Nawawi.

Beliau berkata inisiatif tersebut merupakan perancangan pelan jangka panjang untuk menjadikan Unisel sebagai institut terkemuka yang dikenali di peringkat antarabangsa.

“UNISEL adalah universiti negeri dalam negara yang berjaya membuka kampus di luar negara setakat yang kita sedia maklum berbanding IPTA dan IPTS lain di Malaysia.

“Untuk tempoh ini, kita masih lagi dalam proses (perbincangan) terhadap beberapa perkara yang belum selesai.

“Namun dalam masa singkat pembukaan rasminya akan dirasmikan sendiri Perdana Menteri Bangladesh nanti,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui selepas perasmian Seminar Malay Archipelago Postgraduate (MAPS) 2016 di Universitas Lancang Kuning, Riau Indonesia.

IMG_0785Dalam perkembangan itu, UNISEL tidak menolak kemungkinan untuk membangunkan prospek pendidikan lanjutan di Indonesia.

“Ini adalah usaha kita untuk terus memandang ke depan kerana fokus kita bukan sekadar menjadi hero kampung sahaja, tetapi sudah mampu berdiri lebih jauh lagi.

“Bagaimanapun dalam konteks di Indonesia, sudah wujud perancangan namun kalau bukan pembinaan kampus penuh, mungkin kita boleh wujudkan kursus-kursus UNISEL di IPT Indonesia,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.