Categories
SELANGOR

PROGRESS latih graduan mudah dapat kerja

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 OGOS: Sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan bagi membiayai Programme On Graduate Employability Enhancement For SMART Selangor (PROGRESS) yang mula dilaksanakan pada 1 Januari lalu.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata program dalam Bahasa Inggeris itu mensasarkan seramai 100 graduan untuk dilatih dalam tempoh tujuh bulan.

Katanya, satu bulan khusus untuk pembelajaran dalam kelas manakala enam bulan selebihnya merupakan ‘internship programme’.

CP2A9283-800x533“Projek perintis ini bertujuan menyediakan graduan terpilih dengan pengalaman dan ‘soft skills’.

“Kedua aspek ini diyakini mampu membantu kebolehpasaran graduan mendapat pekerjaan,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) pagi ini.

Beliau menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berhubung perkembangan program PROGRESS.

Nik Nazmi berkata, seramai 37 peserta berjaya memperoleh pekerjaan setakat Julai 2016.

“Seramai 56 peserta masih menjalani latihan lapangan di syarikat terpilih.

“Enam peserta pula dalam proses penempatan latihan lapangan manakala seorang lagi melanjutkan pelajaran,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.