Categories
SELANGOR

Rampas tanah pemilik degil lakukan pembakaran terbuka dan sampah haram

OLEH SYASYA SUFIAN

SUBANG JAYA, 20 OGOS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menegaskan pihaknya beberapa kali membuat tindakan kompaun dan sitaan lori di kawasan aktiviti pembakaran terbuka dan sampah haram kawasan Taman Putra Prima Puchong.

Ketua Komunikasi Korporat MPSJ, Muhamad Azli Miswan, berkata aktiviti itu berlaku di atas tanah milik individu dan tanah kerajaan.

“Tindakan kompaun dan sitaan lori telah MPSJ buat beberapa kali.

“Isu ini juga telah pun kita panjangkan kepada Pejabat Daerah Petaling untuk tindakan ,”katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, sejak tiga tahun lalu, hampir 10,000 penduduk sekitar Taman Putra Prima Puchong berhadapan Isu pembakaran terbuka serta pembuangan sampah haram dengan jarak hampir 700 meter dari tempat tinggal.

Ahli Parlimen Puching, Gobind Singh Deo menerima aduan penduduk yang bimbang asap pembakaran akan menjejaskan kesihatan dan tidak tahan dengan bau yang busuk.

Beliau mencadangkan Kerajaan Negeri segera mengambil tindakan dibawah Kanun Tanah Negara terhadap tanah dimiliki individu serta rampasan tanah dilakukan.

Sehubungan itu, Azli menjelaskan kuasa MPSJ terhad dan terbatas.

“Tindakan penguatkuasaan sepatutnya di bawah Pejabat Tanah dan Daerah Petaling di bawah akta Kanun Tanah Negara yang boleh membawa kepada rampasan tanah,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.