Categories
SELANGOR

Red Giants tekad gigih pertahan Piala Malaysia

OLEH HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 21 OGOS: Selangor berusaha mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dimenangi musim lalu biarpun mengakui laluan sukar bakal ditempoh bagi merealisasikannya.

Pengendali pasukan, K Gunalan menjelaskan sebagai juara bertahan, The Red Giants mempertingkatkan usaha bagi menghadapi cabaran pasukan lain dalam saingan suku akhir piala berprestij itu.

“Kita kena terus bekerja keras dan pasukan mana ditentang tidak menjadi soal cuma pasukan perlu terus berusaha gigih,” katanya dalam sidang media di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di sini, malam tadi.

The Red Giants mencatat seri 1 – 1 menentang Kuala Lumpur dan layak ke suku akhir apabila menduduki tangga teratas Kumpulan B dengan 11 mata.

Dalam saingan suku akhir, Selangor bakal berdepan naib juara Piala FA, PKNS FC dalam perlawanan timbal balik di Stadium Shah Alam, Shah Alam, pada akhir Ogos dan September ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.