Categories
NASIONAL

Ringgit cecah RM3.9940 berbanding dolar

KUALA LUMPUR 16 OGOS: Ringgit meneruskan momentum peningkatan semalam untuk dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini, susulan minat belian berterusan ke atas nota tempatan itu.

Pada jam 9.01 pagi, unit tempatan diniagakan pada 3.9940/9990 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin 4.0050/0100.

 

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9742/9797 daripada 2.9804/9847 semalam serta menokok berbanding yen kepada 3.9525/9586 daripada 3.9646/9707.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.1459/1555 daripada 5.1693/1781 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.4657/4721 daripada 4.4712/4784.

Leave a Reply

Your email address will not be published.