Categories
NASIONAL

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 1 OGOS: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini di tengah minat belian sederhana, kata pedagang.

Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.0320/0380 berbanding dolar daripada 4.0670/0740 Jumaat.

Pedagang berkata, permintaan dipacu faktor luaran memberangsangkan disandarkan kepada jangkaan Rizab Persekutuan AS akan menaikkan lagi kadar faedah dalam tempoh terdekat.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Ia menokok berbanding pound British kepada 5.3364/3459 daripada 5.3583/3691 Jumaat dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0087/0155 daripada 3.0108/0169.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.9387/9457 daripada 3.9257/9343 tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.5058/5141 daripada 4.5180/5274. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.