Categories
NASIONAL

Ringgit diunjur cecah paras 4.01 minggu depan berbanding dolar

KUALA LUMPUR 6 OGOS: Ringgit diunjur diniaga lebih tinggi minggu depan, mencecah paras 4.01, antara lain disebabkan pasaran dipacu kecairan serta peningkatan harga minyak, menurut Affin Hwang Investment Bank.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata kebanyakan mata wang sedang muncul Asia termasuk mata wang tempatan akan berada dalam trend menaik berikutan sentimen positif selepas keputusan Bank Pusat England (BoE) memotong kadar faedahnya.

“BoE memutuskan untuk memotong kadar pinjaman untuk pertama kali dalam tempoh tujuh tahun sebagai langkah menghalang kemelesetan pasca Brexit.

“Kadar itu dipotong kepada kadar terendah baru 0.25 peratus daripada 0.5 peratus dan ada kemungkinan satu lagi pemotongan dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

Menurut Nazri, ia adalah langkah baik yang akan memanfaatkan mata wang tempatan.

Sementara itu, Bank Pusat Jepun telah memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya secara stabil, tetapi akan meningkatkan pembelian dana pertukaran diniagakan.

Ringgit dijangka diniaga lebih tinggi minggu depan berikutan harga minyak yang lebih tinggi. Khamis lalu, harga minyak naik disebabkan penurunan dalam inventori minyak mentah AS.

Dilaporkan pasaran hadapan minyak mentah West Texas Intermediate diniagakan pada US$41.11 setong, naik 0.7 peratus. Sementara itu, pasaran hadapan minyak mentah Brent diniagakan pada AS$43.28 setong, naik 0.44 peratus.

Untuk minggu baru berakhir, ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh seminggu setengah berbanding dolar AS, apabila ekonomi AS mencatat pertumbuhan lebih lembap.

Ia ditutup pada 4.0200/0250 pada Jumaat berbanding dolar daripada 4.0670/0740 pada minggu sebelumnya.

Mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9993/9033 daripada 3.0108/0169 tetapi menyusut berbanding yen kepada 3.9806/9875 daripada 3.9257/9343. I

a naik berbanding pound Britain kepada 5.2911/2989 daripada 5.3583/3691 dan menambah berbanding euro kepada 4.4783/4855 daripada 4.5180/5274 Jumaat lepas. – BERNAMA

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.