Categories
SELANGOR

RM60 juta naik taraf UNISEL tingkat keperluan tenaga mahir

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 OGOS: Kerajaan Negeri melaburkan RM60 juta menaik taraf Universiti Selangor (UNISEL) supaya bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran mengisi keperluan perindustrian.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata peruntukan itu termasuklah RM20 juta diserahkan oleh beliau pada petang semalam.

“Cek sebanyak RM20 juta kepada UNISEL yang merupakan geran khas daripada Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan kemajuan program akademik serta memastikan kelancaran pentadbiran amnya.

“Dalam ekonomi global hari ini, Kerajaan Negeri akui terdapat anjakan paradigma daripada ekonomi berintensif buruh kepada berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan,” kata Mohamed Azmin.

IMG_8429Mohamed Azmin berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dihadapan kira-kira 1,000 pelabur dalam dan luar negara pada majlis Invest Selangor Gala Dinner yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, di sini, malam tadi.

Jelasnya, keadaan ini bersesuaian dengan status Selangor sebagai sebuah negeri maju yang mampu menarik perhatian para pelabur dalam dan luar negara.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.