Categories
SELANGOR

Stadium Hoki Pandamaran siap, diharap lonjak semangat pemain

OLEH SYASYA SUFIAN

KLANG, 2 OGOS: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM3.8 juta bagi menaik taraf Stadium Hoki Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang bermula 10 September tahun lepas.

Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, berkata projek itu siap sepenuhnya pada 3 April lalu dan kini boleh dimanfaatkan.

“Setinggi penghargaan kepada kerajaan negeri kerana memberikan peruntukan kepada MPK untuk menaik taraf Stadium Hoki menjadi gah seperti ini.

“Dengan stadium baru ini diharap dapat melonjakkan semangat pemain untuk berlatih sekaligus menghasilkan kejayaan,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Stadium Hoki Kompleks Sukan Pendamaran, Klang, di sini, hari ini.

DSC_6178 kecilStadium Hoki Pandamaran yang dibina sejak 1984 merupakan tempat berlatih bagi pasukan hoki sekolah, IPTA dan IPTS serta pasukan SUKMA Selangor.

Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata Stadium itu juga merupakan tempat berlangsung kejohanan dan perlawanan persahabatan seperti Liga Hoki Selangor, Kejohanan Hoki MSSD Klang dan lain-lain.

“Ini merupakan kali kedua dinaiktaraf, pada kali pertama adalah pada 1998 ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel.

“Antara keje naiktaraf melibatkan Turfing padang hoki, menggantikan Interlocking, menggantikan perparitan, pagar, sprinkler system dan kelengkapan lain kemudan padang,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.