Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Stadium Hoki Pandamaran diiktiraf HIF

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 3 OGOS: Stadium Hoki Pandamaran, Klang berjaya memenuhi piawaian Persekutuan Hoki Antarabangsa ‘Federation International Hockey’ (HIF) sebagai stadium antarbangsa.

Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata antara sebab diiktiraf adalah kerja menaiktaraf padang apabila setelah HIF membuat kajian ia layak diiktiraf.

“Stadium ini berjaya mendapat sijil pengiktirafan HIF yang mana melayakkan ia digunakan untuk kejohanan peringkat nasional dan antarabangsa.

“Walaupun kita ada sedikit kekangan mengenai lampu yang perlu dinaik taraf untuk kegunaan di waktu malam, usaha penambahbaikan diteruskan dari masa ke semasa,” katanya ketika sidang media Majlis Perasmian Stadium Hoki Pandamaran, Klang, di sini, semalam.

DSC_6178 kecilSelain itu, katanya, kerja penyelenggaran yang perlu diutamakan supaya stadium itu dapat digunakan untuk jangka masa panjang.

Turut hadir dalam majlis perasmian Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli-Ahli Majlis, Ketua Jabatan Daerah dan Ketua Jabatan MPK.

EZY

Categories
SELANGOR

Stadium Hoki Pandamaran siap, diharap lonjak semangat pemain

OLEH SYASYA SUFIAN

KLANG, 2 OGOS: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM3.8 juta bagi menaik taraf Stadium Hoki Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang bermula 10 September tahun lepas.

Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, berkata projek itu siap sepenuhnya pada 3 April lalu dan kini boleh dimanfaatkan.

“Setinggi penghargaan kepada kerajaan negeri kerana memberikan peruntukan kepada MPK untuk menaik taraf Stadium Hoki menjadi gah seperti ini.

“Dengan stadium baru ini diharap dapat melonjakkan semangat pemain untuk berlatih sekaligus menghasilkan kejayaan,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Stadium Hoki Kompleks Sukan Pendamaran, Klang, di sini, hari ini.

DSC_6178 kecilStadium Hoki Pandamaran yang dibina sejak 1984 merupakan tempat berlatih bagi pasukan hoki sekolah, IPTA dan IPTS serta pasukan SUKMA Selangor.

Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata Stadium itu juga merupakan tempat berlangsung kejohanan dan perlawanan persahabatan seperti Liga Hoki Selangor, Kejohanan Hoki MSSD Klang dan lain-lain.

“Ini merupakan kali kedua dinaiktaraf, pada kali pertama adalah pada 1998 ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel.

“Antara keje naiktaraf melibatkan Turfing padang hoki, menggantikan Interlocking, menggantikan perparitan, pagar, sprinkler system dan kelengkapan lain kemudan padang,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Naik taraf stadium hoki RM2.5 juta siap hujung tahun

Oleh : AFEEQA AFEERA

SUBANG JAYA, 11 APR: Dua stadium hoki yang kurang memuaskan menjalani proses naik taraf dengan peruntukan lebih RM2.5 juta dijangka siap menjelang akhir 2015.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata senarai kuantiti bagi penambahbaikan stadium itu juga sudah diterima dan dijangka selesai sebelum hujung tahun ini.

sukan4“Sasaran kita Mei atau Jun kita mula tawarkan tender dan dalam tempoh tiga atau empat bulan akan selesai (kerja-kerja baik pulih),” katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor di Hotek Holiday Villa, malam tadi.

Terdahulu, dua stadium itu iaitu Stadium Hoki Pandamaran Klang dan Stadium Hoki Petaling Jaya dilaporkan berada dalam keadaan teruk dan tidak boleh digunakan untuk latihan.

Stadium Hoki Pandamaran diisytiharkan tidak selamat Persatuan Hoki Selangor pada 2010, sementara Stadium Hoki Petaling Jaya pula dilaporkan tidak berupaya menganjurkan sebarang pertandingan dan tidak dibaik pulih lebih 11 tahun lalu.

EZY

Categories
SELANGOR

RM3.5 juta baik pulih Stadium Hoki Petaling

Oleh: Naeem Raffi

PETALING JAYA, 1 NOV : Kerajaan Negeri diharap dapat meluluskan peruntukan RM3.5 juta bagi kerja membaik pulih kemudahan sukan di Stadium Hoki Petaling.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata keadaan stadium itu kini berada ditahap tidak memuaskan perlu menjalani pembaikan segera bagi mengaktifkan kembali program pembangunan sukan hoki.

Stadium Hoki“Setakat ini, kerja awal membaik pulih stadium berjaya disiapkan dan hanya menanti peruntukan (RM3.5 juta) dipohon itu diluluskan dalam Pembentangan Belanjawan 2015.

“Bermula awal Januari tahun depan kerja baik pulih itu dimulakan dan menjelang Jun hingga Ogos penggiat sukan hoki dapat menikmati kemudahan yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Selangor Kini ketika melawat kemudahan sukan di Pusat Rakan Muda, Kompleks Arena Petaling Jaya di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Belia Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Sayuti Basiron.

Mengulas lanjut, beliau berkata menerusi peruntukan itu, stadium itu akan menjalani kerja naik taraf kemudahan awam, penambahbaikan kemudahan keselamatan dan penukaran karpet padang.

EZY

 

Categories
SELANGOR

MB: Stadium hoki dibaik pulih setaraf antarabangsa

Oleh: Remy Arifin

KLANG 26 APRIL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menilai kos penambahbaikan Stadium Hoki Pandamaran Klang yang dijangka mungkin melebihi RM2.5 juta.

Abdul Khalid berkata sebelum ini sebanyak RM2.5 juta dipohon oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk menambahbaik stadium itu.

08“Kerajaan Negeri ingin menaik taraf Stadium Hoki Pandamaran Klang dan Stadium Hoki Petaling Jaya seperti stadium hoki antarbangsa.

“Ini di sebabkan kedua-dua stadium hoki di Selangor tidak dalam keadaan memuaskan,” kata Abdul Khalid ketika Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) di sini, semalam.

Abdul Khalid berkata, Stadium Hoki Pandamaran yang dibina pada 1984 hanya ditukar karpet padang hoki itu pada 1998.

07“Jadi 16 tahun tidak di selenggara, dalam masa dua bulan ini proses tender akan dibuka dan penganugerahan tender ini akan dilakukan,” kata Abdul Khalid.

Dalam program yang sama Abdul Khalid turut menyerahkan peruntukan skim di bawah Kerajaan Negeri kepada yang berjaya memohon di kawasan Klang.

MBAbdul Khalid juga bersama rakyat memeriahkan acara sukan rakyat dalam acara futsal berkain pelekat untuk lelaki manakala wanita bermain bola jaring berkain batik.

Beliau juga berkesempatan meninjau keadaan Stadium Hoki Pandamaran Klang bersama Exco, Dr Halimah Ali.

EZY

JURNAL BERITA – Yunus: Khairy dapat maklumat ‘tak cukup masak’

1. Khairi dapat maklumat ‘tak cukup masak’, Stadium Hoki dalam proses baik pulih

2. Anwar: Kerajaan ‘sembunyi’ maklumat misteri kehilangan MH370

3. MH370: Najib kecut berhadapan media antarabangsa, imej negara tercalar

4. Isu lukisan Pak Samad jadi iktibar, Kerajaan Negeri akan bayar segera

5. Stadium Hoki Selangor dalam proses baik pulih

6. TAWAS serah sumbangan kepada waris mangsa kelar

7. Kajian: ADUN PR lebih responsif aduan rakyat banding ADUN BN

8. 2,589 pelajar asnaf fakir dan miskin terima bantuan pendidikan LZS

9. LZS terima Zakat Perniagaan RM20.5 juta

10. Penculikan di Sabah, Esscom patut berupaya tangani ekoran perbelanjaan RM200juta

11. Adun Bangi: ‘Bangi Selamat’ demi kesejahteraan penduduk

12. Gemar bermain catur, sertai kejohanan di Klang Parade

Categories
SELANGOR

Khairi dapat maklumat ‘tak cukup masak’, Stadium Hoki dalam proses baik pulih

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 APRIL: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin diingatkan tidak mengambil maklumat daripada ‘sembang gebang kedai kopi’ untuk terus menyalahkan kerajaan Selangor dengan dakwaan tidak komited terhadap usaha pemulihan dua stadium hoki di negeri itu.

Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri sentiasa mengambil serius terhadap usaha membaik pulih stadium berkenaan apabila semakan kertas kerja yang akan dibentangkan untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kini berada di peringkat akhir.

Katanya, proses untuk membaiki Stadium Hoki Pandamaran dan Petaling Jaya akan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan Selangor sebaik mendapat kelulusan.

Dr yunus pic mza1“Saya minta supaya Khairy tidak terlalu prejudis hanya disebabkan perbezaan ideologi politik dan cuba mengambil langkah murahan dengan mempolitikkan isu stadium hoki ini, sedangkan masalah itu berlaku sejak zaman Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor.

“Jangan hanya pandai menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang terpaksa mewarisi kelemahan dan kecuaian pentadbiran BN sebelum ini.

“Saya berharap Khairy bersikap terbuka untuk bertemu atau berhubung dengan saya secara terus jika memerlukan maklumat yang sahih terhadap perkembangan dan prasarana sukan di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan Khairy menyalahkan Kerajaan Negeri kerana didakwa tidak mengambil perhatian terhadap masalah stadium hoki di negeri itu susulan teguran beberapa pihak berkepentingan.

KHAIRYBeliau turut menyelar tindakan Kerajaan Negeri yang hanya membelanjakan wang untuk membaiki Stadium Shah Alam, tetapi tidak melakukan perkara sama pada stadium hoki.

Mengulas dakwaan itu, Yunus berkata, Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap perkara yang membabitkan aspek keselamatan pengunjung terutama ia adalah salah sebuah mercu tanda Selangor seperti Stadium Shah Alam.

Beliau berkata, Stadium Shah Alam sudah berusia 20 tahun dan wajar dilakukan sedikit proses baik pulih sejajar dengan taraf stadium terbabit yang kerap digunakan untuk pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa.

“Tetapi itu tidak bermakna stadium untuk acara sukan yang lain dianaktirikan daripada sudut baik pulih tempat latihan mereka. Ada pusat latihan dan stadium yang perlu kepada proses untuk disegerakan selain ada yang dilewatkan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Stadium Hoki Selangor dalam proses baik pulih

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 APRIL: Kerajaan Selangor akan mengambil perhatian serius terhadap usaha baik pulih dua stadium hoki di negeri itu yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan tidak selamat untuk sebarang aktiviti sukan.

Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata beliau kini sedang giat menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan bagi mendapat kelulusan Exco sebelum kerja baik pulih boleh diteruskan.

Katanya, tempoh baik pulih dua stadium berkenaan belum diputuskan dan hanya akan diketahui selepas mendapat kelulusan.

Yunus-Hairi“Saya dalam proses persiapan kertas kerja untuk kelulusan Exco bagi urusan baik pulih stadium berkenaan,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Laporan media sebelum ini menyatakan Stadium Hoki Pandamaran diisytihar tidak selamat oleh Persatuan Hoki Selangor pada 2010, manakala Stadium Hoki Petaling Jaya pula tidak berupaya menganjurkan sebarang pertandingan dan tidak dibaik pulih sejak lebih 11 tahun lalu.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan akan menaik taraf dan memperbaiki kemudahan di Stadium Hoki MBPJ bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penggunanya.

Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBPJ, Aznan Hassan, berkata pihaknya menerima aduan berkenaan beberapa kemudahan di stadium yang perlu dibaiki berikutan keadaan kemudahannya yang uzur.

liga hoki remaja - ssbj LAznan berkata, RM2.5 juta diperuntukkan untuk kerja naik taraf itu termasuk menukar padang hoki, memasang pagar di kawasan sekeliling, dewan serbaguna dan pentas utama selain kemudahan asas yang lain.

“Stadium ini sudah berusia lebih 20 tahun, jadi banyak yang perlu ditukar. Kita juga mahu menaik taraf stadium ini berikutan banyak permintaan kegunaan termasuk sekolah, persatuan, badan bukan kerajaan dan orang awam untuk mengadakan pertandingan,” katanya.

-NFN-