Categories
NASIONAL

Suara mahasiswa, bangkit demi Malaysia lebih sejahtera

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 28 OGOS : Kebangkitan mahasiswa dan generasi muda diyakini mampu membawa perubahan kepada pembentukan Malaysia yang lebih sejahtera.

Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Anis Syafiqah Mohd Yusso, berkata keperluan tersebut menuntut seluruh mahasiswa bangkit menentang kezaliman kerajaan pemerintah.

“Kalau bukan kita bersuara untuk kepentingan negara kita, siapa lagi yang perlu bersuara demi negara kita ini?

“Mahasiswa hadir atas desakan supaya pihak berkuasa menangkap penjenayah merosakkan dan mencemarkan imej negara kita di mata dunia.

“Mahukah anak-anak kita dan generasi kita terus menjadi mangsa kelaziman pemerintah kita?” katanya.

Beliau berucap pada demostrasi Tangkap Malaysian Official One (MO1) di Jalan Raja Laut.

IMG_1769Semalam, ribuan peserta terdiri daripada golongan mahasiswa, ahli politik, aktivis dan orang awam turut serta dalam perararakan demostrasi Tangkap MO1 yang bermula di Masjid Negara dan Kompleks Membeli Belah, Sogo.

Sebelum ini, Anis Syafiqah mendapat perhatian kerana menjadi jurucakap bagi Gabungan Tangkap Malaysian Official One.

Aktivis berusia 24 tahun itu sebelum ini turut lantang mendesak individu yang dikaitkan sebagai MO1 dibawa ke muka pengadilan susulan dakwaan integriti dan rasuah.

Terdahulu, Jabatan Keadilan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mendedahkan wujudnya individu dinamakan MO1 sebagai perasuah terbesar negara.

EZY