Categories
NASIONAL

MO1 dan 1MDB punca masalah kerja?

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 FEB: Malaysia berdepan dengan masalah pasaran kerja disebabkan Malaysian Official 1 (MO1) yang terkenal disebabkan skandal 1Malaysia Delevepoment Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, hal itu terbukti apabila kerajaan ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus mengalami kejatuhan dalam kedudukan Indeks Rasuah Terburuk (CPI 2017).

Katanya, ia sekali gus membawa kesan buruk negara di kaca mata pelabur tempatan juga antarabangsa.

“Salah satu penyalahgunaan kuasa kerajaan Umno-BN adalah tidak pedulikan tuntutan rakyat terhadap kebertanggungjawaban dalam urusan kewangan (fiskal),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang menyalahkan tindakan sesetengah pihak yang memburukkan Malaysia di luar negara sehingga memberi kesan buruk kepada pasaran kerja anak muda dalam negara.

Pada masa sama, Saifuddin berkata, kerajaan perlu sedar bahawa hampir separuh daripada jumlah pekerja menganggur adalah golongan muda walaupun mereka hanya mewakili satu pertiga daripada jumlah tenaga kerja Malaysia.

Katanya, peluang pekerjaan yang wujud dalam ekonomi negara masih tertumpu kepada pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana yang kini dipelopori tenaga kerja asing walaupun tahap pendidikan tenaga kerja semakin meningkat.

“Sekiranya ingin membolehkan anak muda Malaysia terutama golongan siswazah memperoleh gaji yang adil dan berpatutan, Pakatan Harapan akan membuat perubahan yang menyeluruh bagi menyelesaikan permasalahan ini.

“Antara perhitungan besar pengundi pada PRU14 ini adalah memilih kepimpinan dan kerajaan yang boleh mengeluarkan negara daripada amalan rasuah, kronisme dan salah guna kuasa sebagai faktor utama yang menggagalkan Malaysia untuk mencapai kedudukan negara maju,” katanya.

 

Categories
NASIONAL

Kenapa soalan MO1 jatuh ke kedudukan 30?

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 NOV: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan prinsip demokrasi dan sistem Westminster apabila soalan beliau berkenaan Malaysia Official 1 (MO1) jatuh pada kedudukan ke 30.

Katanya, menjadi amalan hari pertama mesyuarat penggal baru, soalannya akan berada di kedudukan kedua.

“Selepas menyedari, saya mengarahkan wakil pejabat untuk berunding secara langsung dengan Setiausaha Dewan Rakyat dan ia berjaya diselesaikan serta dijadikan soalan ke empat.

“Jadi, saya mempersoalkan apakah keistimewaan Ketua Pembangkang selain menerima elaun dan kemudahan pejabat, menjadi pembahas utama pada setiap kali belanjawan dan setiap kali usul titah diraja?,” soalnya baru-baru ini.

Wan Azizah berkata jawatan tertera dalam Peraturan Mesyuarat 4A tetapi tidak tertera hak dan keistimewaan.

“Ini bukan soal untuk diri saya, tetapi ia berkaitan dengan prinsip demokrasi dan Westminster. Saya bangkitkan isu ini supaya tidak diganggu dimasa-masa akan datang walau sesiapa pun Ketua Pembangkang ketika itu,” katanya.

Wan Azizah dalam soal jawab lisan bertanyakan berhubung tindakan kerajaan mengenal pasti MO1 dan tindakan yang diambil terhadap individu itu susulan pendedahan serta mengapa tiada tindakan.

Pada masa yang sama, Wan Azizah menuntut jaminan imuniti parlimen sebagai institusi cabang kuasa yang tertegak dalam demokrasi berpalimen.

Katanya, hal itu kerana terdapat usaha terkini yang dilakukan oleh pihak untuk meragut hak dan keistimewaan ahli-ahli parlimen dengan menyalahguna undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1978.

“Reformasi parlimen ini bermaksud menghormati kedaulatan institusi parlimen.

“Maka, dimana kedaulatan dan jaminan imuniti jika Ahli Parlimen sentiasa diancam dengan pelbagai tindakan undang-undang dan dikenakan pelbagai sekatan sedangkan mereka ini diwakili oleh rakyat,” katanya.

Isu itu dibangkitkan apabila sejak Datuk Seri Najib Tun Razak diangkat menjadi Perdana Menteri sekaligus menggantung paling ramai Ahli Parlimen selama enam bulan dan keluar dewan.

EZY

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Tun Mahathir: “MO1 itu Najib”

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BERA, 3 OKT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa sebagai identiti Malaysian Official 1 seperti didedahkan Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian merujuk laporan dan pendedahan skandal kewangan melibatkan Presiden Umno itu.

“MO1 itu tetap Najib. Dia punya menteri sendiri mengaku dan mengaitkan individu itu adalah Najib.

img_20161002_232150_289“Mungkin menteri itu tidak habis membaca laporan DOJ, kalau dia baca penuh mungkin dia akan lebih tahu apa yang MO1 itu buat dan siapa yang lesap duit itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini menerusi temubual esklusif di sebuah hotel sempena penganjuran Program Jelajah 1MDB, di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan bahawa MO1 dirujuk 36 kali dalam saman sivil DOJ berkaitan penyelewengan 1MDB adalah Perdana Menteri.

“Saya dah kata secara terbuka, jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah Perdana Menteri,” kata Rahman dipetik BBC.

Pada Julai lalu, DOJ memfailkan saman sivil bagi melakukan pembekuan aset di Amerika Syarikat yang didakwa dibeli menerusi penyelewengan dana 1MDB.

Dalam pendedahan itu, DOJ bagaimanapun tidak menamakan Perdana Menteri Najib sebagai individu tersebut, namun mendedahkan identiti itu didakwa mempunyai AS$681 juta di dalam akaun peribadinya.

Perdana Menteri sebelum ini menafikan penglibatan beliau berhubung salah laku dan penyelewengan dana rakyat untuk tujuan peribadi.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Suara mahasiswa, bangkit demi Malaysia lebih sejahtera

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 28 OGOS : Kebangkitan mahasiswa dan generasi muda diyakini mampu membawa perubahan kepada pembentukan Malaysia yang lebih sejahtera.

Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Anis Syafiqah Mohd Yusso, berkata keperluan tersebut menuntut seluruh mahasiswa bangkit menentang kezaliman kerajaan pemerintah.

“Kalau bukan kita bersuara untuk kepentingan negara kita, siapa lagi yang perlu bersuara demi negara kita ini?

“Mahasiswa hadir atas desakan supaya pihak berkuasa menangkap penjenayah merosakkan dan mencemarkan imej negara kita di mata dunia.

“Mahukah anak-anak kita dan generasi kita terus menjadi mangsa kelaziman pemerintah kita?” katanya.

Beliau berucap pada demostrasi Tangkap Malaysian Official One (MO1) di Jalan Raja Laut.

IMG_1769Semalam, ribuan peserta terdiri daripada golongan mahasiswa, ahli politik, aktivis dan orang awam turut serta dalam perararakan demostrasi Tangkap MO1 yang bermula di Masjid Negara dan Kompleks Membeli Belah, Sogo.

Sebelum ini, Anis Syafiqah mendapat perhatian kerana menjadi jurucakap bagi Gabungan Tangkap Malaysian Official One.

Aktivis berusia 24 tahun itu sebelum ini turut lantang mendesak individu yang dikaitkan sebagai MO1 dibawa ke muka pengadilan susulan dakwaan integriti dan rasuah.

Terdahulu, Jabatan Keadilan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mendedahkan wujudnya individu dinamakan MO1 sebagai perasuah terbesar negara.

EZY

Categories
NASIONAL

‘Penjara’ simbolik penahanan MO1, ribuan peserta gesa tangkap perasuah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 27 OGOS : Bukan hanya sepanduk dan kain rentang menuntut Malaysian Official One (MO1) ditangkap, namun replika penjara turut digunakan dalam demostrasi Tangkap MO1 di Jalan Raja Laut.

Ia sebagai simbolik kepada individu yang didakwa MO1 perlu dipenjarakan susulan dakwaan rasuah dan integriti kewangan dilaporkan Development Of Justice (DOJ) Amerika Syarikat.

Tarikannya, Aktivis Fahmi Redza berada di dalam kurungan ‘penjara’ dengan karikatur wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam perkembangan lain, kumpulan mahasiswa dihalang pihak berkuasa memasuki ruang Dataran Merdeka bagi mengadakan perhimpunan aman.

Bagaimanapun, tumpuan peserta perhimpunan aman diteruskan di Jalan Raja Laut dengan kehadiran ribuan peserta.

Lebih menarik, ia bukan sekadar dihadiri kumpulan mahasiswa seluruh negara, ia turut dihadiri aktivis pimpinan Pakatan, masyarakat awam daripada lapisan agama dan bangsa.

EZY

Categories
NASIONAL

Demo MO1, suara anak muda tuntut perubahan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 27 OGOS : Pendedahan Department of Justice Amerika Syarikat DOJ berhubung identiti pelaku rasuah seorang individu dinamakan Malaysian Official 1 (MO1) membuka ruang seluruh rakyat untuk menuntut polis menjalankan siasatan dan menahan individu terbabit.

Gesaan tersebut dibuat menerusi penganjuran demostrasi aman Tangkap Malaysian Official One anjuran Kumpulan Mahasiswa dan aktivis seluruh negara.

Demostrasi diketuai Mahasiswa Universiti Malaya, Anis Syafiqah yang diadakan di Dataran Kuala Lumpur hari ini.

Ketika berita itu ditulis, beberapa pimpinan utama mahasiswa sedang berucap di perkarangan Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Antaranya, Safwan Anang yang menyifatkan penganjuran demostrasi berkenaan diyakini mampu menjadi signal perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik menerusi suara mahasiswa.

IMG_1778“Anak muda membawa suara perubahan demi Malaysia yang kita cintai ini,” ucapnya sambil mendapat tepukan peserta.

Dalam perkembangan itu, kira-kira 300 mahasiswa, aktivis dan pimpinan tertinggi parti politik hadir berkumpul di sini.

Sementara itu, sebuah lagi kumpulan demostrasi mahasiswa kini berkumpul di Masjid Negara untuk berarak ke Dataran Merdeka.

EZY