Categories
SELANGOR

Tiga kumpulan buskers jayakan Warna 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 11 OGOS: Penampilan tiga kumpulan buskers dianggotai pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan anak muda Shah Alam menjanjikan kelainan sempena Program Warna 2016.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata program turut menampilkan kumpulan nada akustika, persembahan seni silat, kompang formasi serta gerak tari rampaian irama Malaysia daripada kumpulan Yanaz.

“Program yang dilaksanakan secara berkala ini merupakan inisiatif MBSA menyemarakkan aktiviti seni budaya serta memberi peluang kepada golongan kreatif berkarya.

MBSA03“Ini juga merupakan sebahagian usaha memperkasakan bandar raya Shah Alam sebagai kota seni,” katanya kepada SelangorKini.

Bertempat di Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, program dijadual bermula jam 2 hingga 7 petang, pada 13 Ogos ini.

Shahrin berkata, program berbentuk santai itu memberi peluang pengunjung menikmati suasana indah lukisan mural di Laman Seni 7.

“Selain itu, bazar seni seperti pameran karya seni anak muda, lukisan, barangan ciptaan dan jualan barangan perhiasan turut disediakan,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Pegawai Kebudayaan dan Pelancongan, Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA, Mohd Zulfahmee Ismail di talian 013-350 7888.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.