Categories
SELANGOR

#TSDayOut selongkar keindahan Paya Indah Wetland

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 29 OGOS : Tourism Selangor merancakkan lagi insiatif memperkenalkan kawasan pelancongan terbaik di Selangor, menerusi penganjuran TSDayOut, di Paya Indah Wetland, 3 September ini.

Pengurus Komunikasi Korporat, Ahmad Nazri Tashriq, berkata program berkenaan diadakan bersama 30 penulis blog (blogger) dan 30 wakil media dari seluruh negara.

“Inisiatif ini mefokuskan kepada aktiviti luar seperti bebasikal di persekitaran Paya Indah Wetland yang kita sedia maklum tempatnya cukup kaya dengan keindahan persekitaran hijaunya.

“Selain itu, tumpuan program juga untuk memperkenalkan kawasan pelancongan (Selangor) kepada masyarakat awam melalui pendedahan media,” katanya.

TSdayout-art-1Beliau berkata demikian ketika mengadakan perbincangan bersama wakil pengurusan Paya Indah Wetland, Majlis Daerah Kuala Langat dan Media Selangor.

Media Selangor dipilih sebagai media rasmi bagi penganjuran program di bawah gerak kerja pelancongan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, peserta program turut diberi peluang menyaksikan perlumbaan kereta 1000KM di Sepang International Circuit.

Selain itu, peserta turut berpeluang memandu kereta GO-Kart bagi merasai pengalaman memandu di litar perlumbaan.

-nR-