Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

14,877 kakitangan PDRM Selangor layak sertai Skim Berkat LZS

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 5 SEPT: Seramai 14,877 kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor layak menyertai Skim Bayaran Zakat Melalui Potongan Gaji yang dikenali sebagai Skim Berkat hasil daripada taksiran semula zakat yang dilaksanakan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut laman rasmi LZS, pihaknya mensasarkan peningkatan kutipan zakat melalui potongan gaji secara bulanan 30 peratus bersamaan RM250,000 sebulan melalui taksiran itu.

“Daripada jumlah itu, seramai 5,500 kakitangan PDRM telah menyertai skim ini dengan jumlah potongan zakat bulanan RM190,000 sebulan.

Polis Selangor“Serentak dengan itu, LZS turut melancarkan Kempen Tambah Caruman Zakat bagi menggalakkan pencarum zakat sedia ada menyemak semula jumlah potongan zakat bulanan agar bertepatan dengan jumlah sebenar yang wajib dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kempen itu mensasarkan individu yang sudah menunaikan zakat melalui potongan gaji dengan jumlah yang sama walaupun melebihi tiga tahun.

“Ia akan dilaksanakan selama empat bulan bermula September sehingga Disember ini.

“Bagi pencarum yang ingin menambah caruman potongan zakat bulanan boleh berbuat demikian dengan mengunjungi 28 cawangan LZS seluruh Selangor,” katanya.

-NFN-