Categories
SELANGOR

DAP Selangor ajak penyokong turun BERSIH 5.0

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 29 SEPT: DAP Selangor akan menggerakkan ahlinya untuk turun menyertai Himpunan BERSIH 5.0 yang bakal dianjurkan, pada 19 November ini.

img_20160929_110541_526Pengerusinya, Tony Pua berkata, semua cawangan DAP di Selangor akan dimaklumkan mengenainya dan pemimpin parti juga akan terlibat dalam semua jelajah yang dianjurkan.

“Kita akan mengarahkan semua cawangan mengambil bahagian dalam aktiviti BERSIH 5 di semua jelajah yang bakal diadakan.

“Semua pemimpin parti akan keluar menyokong aktiviti yang dilakukan BERSIH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mobalisasi penyokong DAP pada penganjuran Himpunan BERSIH 5.0.

Sebelum ini, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, satu siri jelajah seluruh negara akan diadakan selama sebulan sebelum perhimpunan tersebut diadakan.

Konvoi Bersih di seluruh negara akan dilancarkan pada 1 Oktober ini dan berakhir pada 19 November ini.

-NFN-