Categories
SELANGOR

Misi pelaburan Selangor di Taipei diperhebat

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 SEPT : Misi pelaburan untuk menarik lebih ramai pelabur luar ke Selangor dipergiatkan menerusi gerak kerja Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana, Dato’ Teng Chang Kim ke Taipei, Ahad lalu.

Gerak kerja tersebut merupakan sebahagian daripada misi pelaburan dan rangka kerja beliau sebelum menghadiri Persidangan Antarabangsa Bandaraya Pelabuhan di negara itu.

Antara pengisiannya, Teng sempat mengadakan pertemuan empat mata bersama Datuk Bandar Taipei, Dr Eric Liluan Chu membincangkan prospek pelaburan kedua-duanya.

Dalam perkembangan itu, Teng turut berkunjung ke Yunlin bagi menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Yunlin dan Halal International Selangor.

14264821_10155164286894348_7192417545782961318_nPada 19 Jun lalu, delegasi negeri dihantar ke Taiwan bagi meninjau potensi pelaburan perdagangan antara Selangor dan negara luar.

Teng sebelum ini memaklumkan, gerak kerja tersebut turut berkesempatan membincangkan hala tuju pelaburan sebuah syarikat Taipei, Gogoro di Selangor.

Kerajaan Negeri sebelum ini juga terbuka memberi peluang kepada pelabur luar untuk memperluaskan hubungan dagang dengan menyediakan pelbagai persekitaran baik dan berkesan.

Keterbukaan itu sekali gus dilihat mampu mempromosikan Selangor selain memupuk kerjasama dengan bakal pelabur, syarikat serta dewan perniagaan berpotensi.

EZY