Categories
SELANGOR

DAP mesyuarat minggu depan bincang calon PRK Balakong

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 31 JUL: DAP Selangor akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Dato’ Teng Chang Khim berkata, mesyuarat itu dijangka akan diadakan pada minggu ini dan selewat-lewatnya minggu hadapan.

“Bagaimanapun melalui maklumat yang saya perolehi, DAP juga masih belum membuat sebarang keputusan memandangkan hari penamaan baru diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya ketika ditemui SelangorKini.

Sebelum itu, SPR menetapkan 8 September sebagai hari pengundian dan 18 Ogos ini sebagai hari penamaan calon bagi PRK DUN Balakong.

PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya, Ng Tien Chee pada 20 Julai lalu dalam satu kemalangan jalan raya, di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga.

Tien Chee terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail yang dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah lori pencuci jalan dan mendiang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah, di kepala.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Tien Chee berjaya mengekalkan kerusi DUN Balakong untuk penggal kedua selepas menewaskan calon Barisan Nasional dan PAS dengan majoriti 35,538 undi.

Categories
PBT SELANGOR

Pemaju disyarat bina laluan basikal dalam pelan perumahan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SUBANG JAYA, 12 FEB: Pihak pemaju perumahan disyaratkan membina laluan berbasikal dalam pelan tindakan yang akan datang bagi kawasan rumah baharu.

Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan Kecil & Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Kim berkata, tindakan itu bagi mencapai sasaran Kerajaan Negeri untuk membina 1,000kilometer (km) laluan basikal menjelang 2021.

“Kawasan perumahan baru adalah disyaratkan perlu ada pelan tindakan bagi laluan berbasikal.

“Manakala bagi kawasan perumahan lama, kita akan bina laluan basikal berkongsi dengan jalan raya seperti yang telah dilaksanakan di Putra Height, Subang Jaya,” katanya dalam sidang media perasmian trek basikal Putra Height, semalam.

Teng berkata, tahun lalu Kerajaan Negeri berjaya membina 148 km laluan basikal di seluruh Selangor dengan 52 km adalah laluan basikal di kawasan perumahan baru.

“Jika pemaju terus merangka pelan untuk 50 km laluan basikal bagi perumahan baru, maka sudah pasti kita akan dapat mencapai sasaran.

“Bagaimanapun setakat ini saya berasa puas hati dengan usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk terus merangka melaksanakan laluan basikal ini walaupun pada permulaan terdapat beberapa kekangan yang perlu dihadapi termasuk masalah kelebaran dan persimpangan jalan,” katanya.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Projek pengangkutan awam wujud sistem komprehensif

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 10 NOV: Kerajaan Negeri melaksanakan projek pengangkutan awam bagi mewujudkan sistem yang komprehensif, di Selangor.

Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, pelaksanaan projek berkenaan akan memberi impak positif dan kemudahan kepada orang ramai selaku penggunaan, di negeri itu.

“Pelaksanaannya akan membantu Kerajaan Negeri mencapai sasaran nisbah 60:40 penggunaan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian seperti ditetapkan di dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor.

“Dengan pengurangan jumlah kenderaan di jalan raya, secara tidak langsung membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib dalam sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Berhubung projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) oleh Kerajaan Persekutuan, beliau berkata, ia masih dalam pertimbangan Kerajaan Negeri.

Katanya, keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Ke 21/2016 yang diadakan pada 23 Jun 2016 dan disahkan dalam mesyuarat Ke 22/2016 (13 Julai 2016) dengan Kerajaan Negeri mengambil maklum dan memutuskan bahawa jajaran koridor berkenaan belum dimuktamadkan.

“HSR hanya dibenarkan untuk mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi membolehkan kajian tapak dibuat.

“Pembentangan hasil kajian tapak oleh HSR belum lagi dibuat kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan selanjutnya,” katanya bagi pertanyaan ADN Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan.

Kerajaan Negeri pada masa sama, katanya, akan memastikan pematuhan akta dan peraturan ditetapkan di peringkat negeri juga pihak berkuasa tempatan bagi keseluruhan projek pembangunan termasuk projek dinyatakan, di Selangor.

Categories
PBT SELANGOR

Kerajaan Negeri sedia kaji dasar

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 SEPT: Kelulusan festival makanan dan minuman membabitkan minuman keras akan diputuskan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya selepas terma serta syarat dipenuhi penganjur.

Exco Kanan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, ia adalah bidang kuasa PBT berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan untuk memberi kebenaran atau tidak bukan diputuskan Kerajaan Negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri bagaimanapun sedia mengkaji dasar untuk diikuti PBT jika terdapat keperluan.

“Kita sentiasa mendengar bantahan. Sekiranya ada keperluan untuk mengubah dasar kita juga bersedia untuk melakukannya, namun setakat ini tiada masalah.

“Penganjuran sebegini juga bukan pertama kali tetapi sudah diluluskan sebelum ini dan tidak menimbulkan masalah,” katanya pada sidang media.

Chang Khim berkata, dasar Kerajaan Negeri adalah menghormati hak setiap rakyat di Selangor tanpa mengira agama dan kaum seperti ditegaskan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

TENG (3)Katanya, kelulusan juga diberikan selepas PBT mempertimbang permohonan dan mendengar bantahan pihak tertentu.

“Inilah demokrasi iaitu kita dengar kehendak dan suara semua pihak serta mempertimbang berdasarkan undang-undang sedia ada. Seperti sekarang, ada PBT yang memberi kelulusan tetapi ada juga yang masih tidak membuat keputusan kerana terdapat syarat tidak dipenuhi penganjur,” katanya.

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Klang membenarkan penganjuran ‘Centro Mall German Food & Baverage Festival’ selepas penganjur mematuhi syarat ditetapkan.

Penganjur turut menerima sokongan bersyarat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

MPK juga mengenakan syarat utama iaitu orang Islam tidak dibenarkan menghadiri festival yang dijadual berlangsung, pada 12 dan 13 Oktober ini.

Pada masa sama, Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengakui masih belum memberi kelulusan permohonan penganjuran Oktoberfest 2017 kerana penganjur tidak mematuhi syarat dikenakan.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Agensi Persekutuan selia Hab Halal Selangor, bukan bidang kuasa negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 14 SEPT: Hab Halal Selangor bukan lagi dikawal selia di bawah projek pembangunan Kerajaan Negeri, kata Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan, Industri Kecil Sederhana dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim.

Sebaliknya, beliau berkata pusat industri halal itu kini tertakluk di bawah seliaan agensi Kerajaan Persekutuan dan syarikat swasta.

“Tapak itu dahulunya diusahakan sebuah syarikat milik Kerajaan Negeri, tetapi kini ia sudah dijual kepada pelabur tempatan dan luar negara.

“Jadi terserahlah kepada syarikat berkenaan untuk merancang sebarang bentuk penggunaan tapak dibeli oleh mereka.

“Untuk makluman juga, sebahagian daripada tanah itu dibeli oleh agensi Kerajaan Persekutuan seperti Felda yang masih belum ada rancangan pembangunan di atas tapak dibeli mereka,” katanya kepada SelangorKini.

teng01Beliau mengulas laporan media kononnya, Hab Halal Selangor yang dilancarkan Kerajaan Negeri sejak lebih sedekad lalu kini tersisih daripada pembangunan.

Menurut laporan itu lagi, Kerajaan Negeri seolah-olah mengambil pendirian lepas tangan, walaupun perkara mengenainya dibincangkan menerusi pembentangan Belanjawan Negeri 2016.

Membidas dakwaan tersebut, Chang Khim berkata laporan mengenainya sengaja dibuat untuk memburukkan imej pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Media itu tidak memahami dan membuat tuduhan melulu. Sedangkan di pihak Kerajaan Negeri, kita telah menyiapkan fasiliti terbaik menjadikan tapak industri itu laris dan habis dijual.

“Sehingga kini, sudah ada beberapa kilang dibangunkan syarikat swasta di atas tapak itu dan pengeluaran hasil juga dibuat,” katanya.

Halal Hab Selangor dibangunkan pada era pemerintahan Barisan Nasional pada 2003 lalu, di bawah cetusan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sehingga kini, sebanyak 28 syarikat pelabur membangunkan operasi perkilangan di sana dengan sasaran pelaburan sekitar RM15 bilion.

EZY

Categories
SELANGOR

Misi pelaburan Selangor di Taipei diperhebat

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 SEPT : Misi pelaburan untuk menarik lebih ramai pelabur luar ke Selangor dipergiatkan menerusi gerak kerja Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana, Dato’ Teng Chang Kim ke Taipei, Ahad lalu.

Gerak kerja tersebut merupakan sebahagian daripada misi pelaburan dan rangka kerja beliau sebelum menghadiri Persidangan Antarabangsa Bandaraya Pelabuhan di negara itu.

Antara pengisiannya, Teng sempat mengadakan pertemuan empat mata bersama Datuk Bandar Taipei, Dr Eric Liluan Chu membincangkan prospek pelaburan kedua-duanya.

Dalam perkembangan itu, Teng turut berkunjung ke Yunlin bagi menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Yunlin dan Halal International Selangor.

14264821_10155164286894348_7192417545782961318_nPada 19 Jun lalu, delegasi negeri dihantar ke Taiwan bagi meninjau potensi pelaburan perdagangan antara Selangor dan negara luar.

Teng sebelum ini memaklumkan, gerak kerja tersebut turut berkesempatan membincangkan hala tuju pelaburan sebuah syarikat Taipei, Gogoro di Selangor.

Kerajaan Negeri sebelum ini juga terbuka memberi peluang kepada pelabur luar untuk memperluaskan hubungan dagang dengan menyediakan pelbagai persekitaran baik dan berkesan.

Keterbukaan itu sekali gus dilihat mampu mempromosikan Selangor selain memupuk kerjasama dengan bakal pelabur, syarikat serta dewan perniagaan berpotensi.

EZY

Categories
SELANGOR

RM750 juta dijangka dijana pelaksanaan Selangor Aeroangkasa

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 MEI: Sebanyak RM750 juta pelaburan dijangka dapat dijana daripada perlaksanaan Selangor Aeroangkasa.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS dan Perdagangan serta Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata seramai 200 pekerja tenaga mahir juga bekerjasama membangunkan industri terbabit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan laman sesawang terbaru Invest Selangor.

Teng Invest SelangorKetua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Hasan Azhari Idris, berkata kilang pengeluaran selongsong kipas untuk enjin jet Rolls-Royce Trent 1000 dan Trent 7000 dijangka bakal siap hujung tahun ini serta dijangka beroperasi tahun depan.

Katanya, UMW Aerospace yang didirikan di kawasan tanah berkeluasan 12 hektar di Serendah itu selaras inisiatif Kerajaan Negeri untuk memfokuskan industri terbabit.

Fasiliti terbabit akan bertindak sebagai penyewa utama bagi cadangan Taman Pengeluaran Logam Keras Aeroangkasa oleh UMW.

“Tumpuan diberikan kerana 62 peratus industri aeroangkasa Malaysia beroperasi di Selangor. Jadi, kita mengambil inisiatif untuk memfokuskan industri ini di bawah ‘core clusters’ peralatan pengangkutan.

“Di bawah kelompok ini terdapat dua bidang diberi perhatian iaitu automotif dan aeroangkasa. Namun, ketika ini Kerajaan Negeri baru meluluskan ‘Selangor Aerospace Council’ beberapa minggu lalu dan dijangka memulakan mesyuarat pertama sebelum atau selepas Hari Raya Puasa,” katanya.

Hassan berkata, kerja pembinaan sedang dilaksanakan dan dijangka pengeluaran unit pertama selongsong kipas enjin jet Trent 1000 pertamanya yang kemudian dihantar ke fasiliti pemasangan Rolls Royce di Seletar Aerospace Park, Singapura selepas menerima pesanan sulung yang disasarkan pada Oktober 2017.

UMW-rolls-royce-1024x691UMW Aerospace sebelum ini menandatangani perjanjian selama 25 tahun dengan pilihan sambungan lima tahun dengan Rolls-Royce Plc pada Ogos 2015 bagi pemasangan selongsong kipas enjin jet Rolls-Royce.

Perjanjian itu meliputi pengetahuan pembuatan dan program perkongsian teknologi dengan pasukan kejuruteraan Rolls-Royce di United Kingdom (UK).

Enjin Trent 1000 digunakan pada pesawat Boeing 787 Dreamliner.

Bagi meningkatkan keupayaan, UMW bakal membina sebuah pusat pembangunan teknologi dan pra­pengeluaran bersebelahan kilang selongsong kipas di Serendah.

Fasiliti prapengeluaran itu menyokong objektif inovasi UMW melalui penerokaan proses pengeluaran masa hadapan dan teknologi automasi.

UMW Aerospace, merupakan syarikat Malaysia pertama menjadi pembekal peringkat satu kepada Roll-Royce, ia juga akan mengeluarkan selongsong kipas Trent 7000 sebaik sahaja program itu dimulakan yang juga merupakan enjin berkapasiti besar awam daripada generasi ketujuh dan menjadi enjin eksklusif untuk Airbus A330neo.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor harap Pelan Induk Perindustrian, Pengangkutan Awam pacu pertumbuhan ekonomi

SINGAPURA, 10 MEI : Selangor, yang sedang memuktamadkan Pelan Induk Perindustrian dan Pengangkutan Awamnya, berharap kedua-duanya dapat menjadi pemangkin bagi memacukan lagi pembangunan ekonomi negeri itu.

Pelan induk itu dijangka selesai dalam masa dua bulan, bukan sahaja memudahkan tetapi juga menyediakan hala tuju bagi sektor disasarkan yang menjadi tumpuan Selangor dalam menggerakkan enjin pertumbuhan ekonominya.

Selangor majuPengerusi Jawatankuasa Tetap bagi Pelaburan, Industri dan Perdagangan, Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Pengangkutan Selangor, Dato’ Teng Chang Kim, berkata pelan induk itu buat permulaannya akan berfungsi sebagai pelan pembangunan lima tahun dan akan dikaji semula apabila perlu.

“Seperti yang anda tahu, kami menumpukan kepada lima kluster, iaitu sains hayat, makanan dan minuman, elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan dan mesin dan peralatan.

“Pelan induk ini secara dasarnya menentukan strategi dalam menyokong pertumbuhan dan pembangunan seterusnya sektor-sektor ini,” katanya kepada Bernama, di luar acara mesyuarat meja bulat mengenai “Selangor The Economic Powerhouse” (Selangor Kuasa Besar Ekonomi), yang diadakan di sini, semalam.

Teng mengetuai misi pelaburan negeri itu selama dua hari ke republik ini bermula Isnin.

Mengenai sektor berpotensi, beliau berkata negeri itu menumpukan kepada bioteknologi di bawah kluster sains hayat serta aeroangkasa di bawah kluster peralatan pengangkutan.

Mengulas mengenai sama ada pertumbuhan perlahan ekonomi global sekarang akan menjejaskan minat pelaburan di negeri itu, beliau berkata Selangor masih optimistik bagi suku pertama.

“Walaupun angka suku pertama belum lagi keluar, kami sangat agresif berbanding sebelum ini, pergi ke bandar raya berpotensi di seluruh dunia dalam usaha menarik pelaburan ke Selangor,” katanya dipetik BERNAMA.

Setakat ini, misi perdagangan Selangor diadakan di Australia, Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu serta Korea Selatan, meliputi 11 bandar raya secara keseluruhan, dan sebanyak 24 bagi tahun ini.

Sejak penubuhan Invest Selangor Bhd, agensi penggalakan pelaburan negeri pada 1999, Selangor setakat ini telah berjaya menarik pelaburan bernilai lebih RM130.7 bilion.

Turut menyertai misi itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Hasan Azhari.

 

Categories
SELANGOR

Dakwaan roboh tokong berniat jahat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 OGOS: Tohmahan kononnya Kerajaan Negeri mengamalkan diskriminasi dan bersikap kejam bertindak merobohkan tokong perlu dihentikan segera.

Exco Kanan, Datuk Teng Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri sentiasa bertindak mengikut saluran dan prosedur betul sebelum sebarang keputusan dibuat.

Katanya, keputusan juga bukan dibuat untuk kepentingan individu atau bermotif keuntungan, sebaliknya dilakukan demi kemudahan serta kesejahteraan semua pihak.

YB Datuk Teng serahkan sumbangan Tokong (1)“Untuk projek jambatan ketiga Klang, kita terpaksa menempatkan semula dua tokong, malangnya terdapat persatuan yang enggan memahami situasi itu.

“Malah mereka memberi tekanan kepada pegawai kita supaya tapak tertentu diluluskan kepada mereka tanpa mengira kepentingan persatuan lain.

“Maka, pihak tidak bertanggungjawab melemparkan tuduhan tidak berasas mengatakan saya mahu merobohkan tokong yang berada di salah satu tapak yang dipohon pihak lain,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Chang Khim menyampaikan sumbangan RM840,700 kepada lebih 60 persatuan agama Buddha dan tokong di Bangunan SUK di sini pagi tadi.

Mengulas lanjut, beliau turut memberi amaran untuk pihak yang melemparkan fitnah membetulkan kenyataan seterusnya membersihkan nama baiknya.

“Jangan menuding jari kepada saya kerana keputusan dibuat secara kolektif melalui jawatankuasa dianggotai Exco lain seperti V. Ganabatirao dan Elizabeth Wong.

“Kita juga bukan bertindak membuta tuli tetapi mengikut laporan dan juga input yang diberikan wakil persatuan masing-masing.

“Saya beri amaran jangan buat tohmahan untuk memberikan tekanan kepada saya atau pegawai meluluskan permohonan mengikut kehendak mereka,” tegasnya.

EZY

Categories
SELANGOR

Lebih 60 persatuan agama Buddha dan tokong terima sumbangan RM840,700

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 OGOS: Lebih 60 persatuan agama Buddha serta tokong menerima peruntukan berjumlah RM840,700 hari ini.

Exco Kanan, Datuk Teng Chang Khim berkata, jumlah itu merupakan sebagian daripada RM3.6 juta yang diperuntukkan untuk kumpulan berkenaan.

Katanya, baki peruntukan akan diserahkan kepada persatuan lain menjelang penghujung tahun ini.

YB Datuk Teng serahkan sumbangan Tokong (3)“Kita juga menyerahkan sumbangan kepada rumah ibadat bukan Islam lain seperti kuil dan gereja dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM6 juta.

“Diharap inisiatif ini dapat membantu rumah ibadat ini untuk kos penyelenggaraan untuk kesejahteraan penganut mereka,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada wakil-wakil persatuan agama Buddha dan tokong di Bangunan SUK di sini pagi ini.

Sejak 2008, peruntukan rumah ibadat bukan Islam berjumlah RM3 juta setahun sebelum dinaikkan kepada RM6 juta sejak tahun lepas.

Mengulas lanjut, Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan setiap kumpulan dan lapisan masyarakat serta bersedia bertindak mengikut keperluan dan kepentingan.

“Kita merasakan RM3 juta terlalu sedikit untuk tiga kumpulan rumah ibadat bukan Islam, maka kita naikkan sehingga RM6 juta,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Northport patut sedia awal elak operasi tergendala

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 11 MEI: Pengurusan Pelabuhan Klang Utara (Northport) perlu ambil iktibar masalah kegagalan teknikal sistem komputer sehingga menyakibatkan operasinya tergendala.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan, Industri Kecil Sederhana dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim berkata, pengurusan Pelabuhan Klang Utara patut membuat persiapan lebih rapi bagi memiminumkan risiko dihadapi.

North Port“Pusat pelabuhan mengambil inisiatif untuk memulihkan semula segala urusan operasi di Pelabuhan Utara.

“Ia pulih seratus peratus semula selepas dua hingga tiga hari,” katanya sewaktu lawatan ke Pelabuhan Klang Utara, di sini hari ini.

Teng berkata, Pelabuhan Klang merupakan pelabuhan terbesar di rantau asia selepas pelabuhan Singapura justeru isu itu menjejaskan reputasi yang amat baik sebelum ini.

“Pelabuhan Klang keseluruhannya mampu menguruskan sebanyak 10.9 juta TEU setiap tahun dan terus berkembang sebagai pusat agihan bagi rantau Asia.

teng 1“Memandangkan Pelabuhan Plang mempunyai kedudukan strategik, kerjasama semua pihak bagi memastikan perkara ini tidak berulang,” kata Teng.

Katanya, ia perlu bagi kerajaan memaksimumkan potensi Pelabuhan Klang untuk merealisasikan Selangor sebagai pusat perdagangan antarabangsa.

EZY

Categories
SELANGOR

Teng: “Banyak kerja tertunggak menanti”

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG 26 SEPT: Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim berkata beliau menjangkakan banyak kerja tertunggak yang perlu digalas selepas dilantik semula menjawat exco.

Katanya, beliau belum dimaklumkan mengenai portfolionya kerana perbincangan akan dibuat selepas ini setelah selesai mengangkat sumpah.

teng chang kim 1“Sudah tentu banyak kerja yang menunggu kerana tujuh minggu tidak masuk ke pejabat, jadi saya jangkakan sudah tentu banyak kerja tunggakan yang terpaksa diuruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah di Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Teng berkata, beberapa bulan akan datang keadaan akan menjadi lebih sibuk.

“Saya juga perlu menunggu arahan daripada Datuk Menteri Besar baru apakah tugas selanjutnya yang akan dipikul oleh saya.

“Saya percaya Dato’ Menteri Besar akan panggil mesyuarat untuk mengatur kerja untuk semua exco yang telah mengangkat sumpah,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau juga “tiada masalah” dengan komposisi 4:3:3 yang memberi kelebihan kepada PKR kerana perkara itu pernah berlaku dalam penggal pelantikan sebelum ini.

“Saya rasa tidak ada masalah. Kalau kita lihat pada penggal pertama, 4:3:3 di mana PKR adalah 4. Pada penggal kedua, empat (4) itu adalah PAS.

“Sekarang kembali kepada PKR. Jadi ia pernah berlaku, bukan kali pertama PKR diberi empat kerusi. Jadi biasalah,” katanya.

EZY