Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Rakyat puas hati, Kerajaan Negeri mesra dan cemerlang

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 SEPT: Kecemerlangan diraih Kerajaan Negeri ketika ini adalah ekoran dokongan padu seluruh jenteranya terutama anggota penjawat awam yang mempamerkan perkhidmatan berkualiti demi kemajuan rakyat dan Selangor keseluruhannya.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mampu mencatatkan kejayaan seperti dicapai hari ini dan beliau mendapat kerjasama baik daripada semua pihak termasuk anggota penjawat awam dalam tempoh dua tahun selaku pemimpin nombor satu negeri.

“Ini bukan pujian tidak berasas, kajian pungutan suara dilaksanakan Merdeka Centre mendapati 73 peratus rakyat Selangor berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Negeri hari ini, manakala 67 peratus rakyat juga bersetuju bahawa Kerajaan Negeri adalah kerajaan yang mesra rakyat.

img_6247“Tanpa ragu, sokongan yang besar ini adalah undi keyakinan rakyat terhadap seluruh penjawat awam di Selangor di atas kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan saudara saudari sekalian. Tahniah,” katanya ketika berucap dalam Majlis ‘Memperkukuh Iltizam Memaju Negeri’ Penjawat Awam bersama Menteri Besar, di sini, semalam.

Majlis peluncuran buku ‘Membangun Bangsa’ hasil karyanya sempena sambutan dua tahun sebagai Dato’ Menteri Besar turut diadakan.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya; Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Nik Suhaimi Nik Sulaiman; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman; barisan Exco Kerajaan Negeri dan ADN.

Katanya, sokongan daripada semua pihak amat penting ke arah menjayakan agenda digariskan Kerajaan Negeri dalam memastikan negeri terus maju ke hadapan.

 

-NFN-