Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

Selangor peneraju negeri bebas polisterin 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 29 SEPT: Selangor menjadi antara negeri terawal memberi penumpuan terhadap dasar pengharaman penggunaan polisterin dan beg plastik, menjelang 2017.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, inisiatif tersebut digerakkan menerusi pekeliling pengharaman penggunaan polisterin tahun depan.

“Pelaksanaan bekas makanan mesra alam mula diperkenalkan kepada peniaga dan akan diteruskan MBSA untuk menggalakkan peniaga menyokong usaha supaya tidak menggunakan polisterin dalam urusan seharian.

MBSA Zaharin“Bagi menjayakan kempen ini, MBSA turut menyediakan 5000 keping risalah bagi tujuan promosi dan penerangan kepada orang awam,” katanya sempena Majlis Pelancaran Program Jelajah Kepenggunaan dan Kitar Semula Peringkat MBSA, 2016, di Dewan Melati Seksyen 7, semalam.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Elizabeth Wong; Timbalan Datuk Bandar, Mohd Syukri Mohd Hamin dan Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Yaakob Shapari.

Sehubungan itu, Ahmad Zaharin berkata, Jabatan Perlesenan sudah membekalkan pek hijau MBSA kepada peniaga sebagai pengenalan dasar Majlis Bebas Polisterin, sejak Jun lalu.

“Setiap peniaga dikenakan syarat tidak menggunakan polisterin dan menggantikan pembungkusan makanan daripada bahan mudah urai dan berkonsep hijau.

img_20160928_172531_525“Langkah ini selaras dengan matlamat menjadikan Shah Alam bandar raya bebas polisterin, pada 1 Januari ini. Sekurang-kurangnya masyarakat dan peniaga diberikan pendedahan awal sebelum pelaksanaan menyeluruh dibuat,” katanya.

Selain MBSA, beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri juga turut menyambut baik pekeliling dikeluarkan Kerajaan Negeri terhadap pelaksanaan bebas polisterin, menjelang 2017.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 10 peniaga ‘food truck turut’ menerima pek hijau sebagai galakan pelaksanaan bebas polisterin dan pengurangkan penggunaan beg plastik.

-NFN-