Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

UIAM utuh sebagai Institusi Pengajian Islam terunggul

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 SEPT: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mampu memainkan peranannya sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Islam terunggul di rantau ini, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, keberhasilan dan kejayaan program keagamaan dilaksanakan di universiti itu mampu mengukuhkan peranannya sebagai pusat pengajian terkemuka di peringkat nasional juga antarabangsa.

“Kerjasama pelbagai pihak dan dukungan berterusan daripada Kerajaan Negeri juga peranan besar UIAM mendorong kita untuk menjayakan matlamat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program #QuranHour bersama Rektor UIAM, Profesor Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin, di sini, baru-baru ini.

UIAM diwujudkan menerusi pelan Konfenderasi Pendidikan Muslim Sedunia yang mefokuskan kepada peringkat pengajian berteraskan Islamik dan profesional selaras tuntutan akademik semasa.

IMG_20160902_145458_284Sehingga kini, UIAM terus melahirkan graduan berdaya saing dan berkemahiran tinggi di pelbagai peringkat pengajian pra universiti, diploma, ijazah, sarjana dan PHD.

UIAM terus berkembang dengan kampus utamanya di Gombak dan kini mempunyai dua kampus cawangan di Kuantan dan Kuala Lumpur serta Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya juga Nilai, Negeri Sembilan.

-AA-