Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Wan Azizah yakin dengan kepimpinan Mohamed Azmin

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 SEPT: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk terus memacu Selangor ke arah kecemerlangan.

Katanya, selagi pemimpin negeri menguruskan amanah dengan cemerlang dan bertanggungjawab, keyakinan rakyat terhadap pentadbiran sedia ada terus berkekalan meskipun bakal mengharungi cabaran berbeza.

“Saya menaruh keyakinan yang tinggi, harapan Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berupaya memahami dan melaksanakan kewajiban dengan cemerlang. Itu doa dan harapan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Menyantuni Suara Rakyat, Pimpinan Masyarakat Bersama Dato’ Menteri Besar di Dewan Jubli Perak semalam.

selangor-soho-azminMenurutnya, petunjuk ekonomi yang cemerlang disamping pertambahan rizab simpanan negeri menunjukkan pentadbiran negeri melakukan tugas dengan baik dalam menguruskan amanah rakyat.

Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang turut mengingatkan sebagai pemimpin mereka bertanggungjawab terhadap amanah yang diberi dan bukan menjadi lesen untuk menindas rakyat.

Selain itu, kekayaan negeri yang semakin meningkan mesti diagihkan untuk kepentingan rakyat.

“Kepimpinan hari ini berbeza dengan yang terdahulu. Masyarakat Selangor lebih celik maklumat.

“Mereka juga lebih mengetahui hak mereka. Kepimpinan yang sentiasa sensitif, peka dengan keperluan serta kehendak rakyat akan lebih diterima.

“Ini yang kita mahukan supaya rakyat boleh membezakan yang dahulu dan sekarang serta yang baik atau tidak,” katanya.

EZY