Categories
NASIONAL

Tun M teruskan ucapan walaupun siren ‘polis’ dibunyikan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BERA, 2 OKT : Program Jelajah Penerangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Pahang sebentar tadi didakwa berlakunya sentimen sabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ia susulan bunyi siren yang menyamai siren polis ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil berucap pada sesi ceramah.

Bagaimanapun, Tun Mahathir tenang dengan insiden berkenaan dan tetap meneruskan ucapan beliau berhubung pendedahan skandal kewangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

img_20161002_232150_289“Mereka nak buat bunyi apa pun, saya tetap teruskan,” katanya mendapat tepukan meriah hadirin.

Siren yang dibunyikan selama 15 saat itu berakhir tanpa berlakunya sebarang insiden tidak diingini.

Namun, tiada sebarang maklumat lanjut berhubung sumber bunyi siren berkenaan.

Dalam perkembangan itu, penganjuran siri jelajah kali ini berjaya menghimpunkan hampir 5,000 hadirin walaupun ia diadakan di salah satu kubu kuat Umno Barisan Nasional.

Perkembangan positif ini diyakini mampu meruntuhkan legasi Umno BN di Pahang sebagai negeri yang sinonim dengan Perdana Menteri.

-nR-