Categories
NASIONAL

Kes 1MDB: DiCaprio sedia kerjasama dalam siasatan

SHAH ALAM, 20 OKT: Bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio akan memberi kerjasama dalam siasatan berhubung badan pelaburan milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang turut melibatkan filem beliau The Wolf of Wall Street.

Menurut jurucakap DiCaprio berkata, bintang itu menghubungi Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) pada Julai selepas jabatan itu memfailkan tuntuan mahkamah untuk merampas lebih daripada AS$1 bilion dalam aset berkait dengan 1MDB, termasuk hak kepada filem itu.

Manakala, jurucakap dari Leonardo DiCaprio Foundation pula berkata DiCaprio mengarah seorang wakil untuk menghubungi DOJ untuk mendapat kepastian jika yayasan beliau telah menerima apa-apa hadiah atau sumbangan yang berkait dengan kes ini dan akan memulangkan kesemua aset itu secepat mungkin.

Oscar-winning actor Leonardo DiCaprio waves as he attends the Japan premiere of his movie "The Revenant" in Tokyo, Japan, March 23, 2016. REUTERS/Toru Hanai - RTSBUPU

“Ia selepas pelakon itu mendengar tentang tuntutan mahkamah itu,” katanya memetik laporan portal Astro Awani.

Sebuah pertubuhan dari Switzerland, Bruno Manser Fund, menyambut baik keputusan DiCaprio, namun bertanyakan jika beliau akan memulangkan AS$25 juta iaitu wang yang diterima untuk berlakon dalam filem The Wolf of Wall Street.

Bruno Manser Fund merupakan antara badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif berkempen menentang rasuah di Malaysia.

Filem DiCaprio diterbikan pada 2013 dan dibiayai Red Granite Pictures, sebuah syarikat yang diasaskan oleh Riza Aziz.

DiCaprio dilaporkan merupakan kawan kepada rakan Reza Aziz, iaitu Jho Low yang turut dinamakan dalam tuntutan mahkamah itu.

DOJ mahu merampas wang royalti dari filem itu dan juga hartanah di Beverly Hills, New York, dan London; karya seni Monet dan Van Gogh dan jet Bombardier.

-nR-