Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

30 kompaktor baru tingkat mutu kutipan sampah

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 14 OKT: Sebanyak 30 buah kompaktor baru diserahkan kepada sub kontraktor bagi mempertingkatkan mutu kualiti perkhidmatan kutipan sampah sisa pepejal di seluruh Klang.

Pengurus Besar Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM), Ramli Tahir berkata, penyerahan lori itu sejajar komitmen KDEBWM membawa perubahan dan pembaharuan kepada perkhidmatan kutipan sisa pepejal yang lebih efektif dan efisyen.

“Dengan penyerahan lori kompaktor baru KDEBWM bagi menggantikan lori lama milik sub kontraktor yang berusia dan uzur.

img_20161013_175230_757“KDEBWM yakin menyelesaikan masalah tipikal yang dihadapi kontraktor seperti lori rosak dan tumpahan air leachate,” katanya selepas Majlis Penyerahan itu.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin.

Ramli berkata, kesemua lori kompaktor baru itu dilengkapi pelbagai teknologi canggih dan terkini.

Antaranya sistem pemantauan lokasi kenderaan (AVLS), kamera undur dan CCTV yang dikawal dan dipantau secara berpusat di Centralized Command Center (CCC) di Ibu Pejabat, di Plaza Perangsang.

img_20161013_175449_965Katanya, kesemua sistem canggih dan terkini yang terdapat pada lori kompaktor itu selaras dengan aspirasi dan inisiatif Smart Selangor.

“Konsep ini menekankan pengaplikasian kecanggihan teknologi di dalam kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat negeri termasuk di dalam pengurusan sisa pepejal,” katanya.

Sebanyak RM23 juta diperuntukkan untuk 60 lori kompaktor sampah baru.

Lapan kompaktor diserahkan sebelum ini dan 22 buah lagi akan diserahkan minggu depan.

-nR-