Categories
SELANGOR

43 keluarga masih di pusat pemindahan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 OKT: Seramai 167 mangsa banjir daripada 43 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan di Selangor berikutan fenomena air pasang besar setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri berkata, mangsa terdiri daripada penduduk Kampung Batu 5, Klang yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Ahmad Razali, Kapar.

Manakala, di Sabak Bernam, empat pusat pemindahan banjir masih dibuka, namun tiada mangsa.

14671209_1305522269479634_2811817077469677995_nKeempat-empat pusat itu ialah Dewan Sungai Air Tawar, Dewan Parit Baru, Dewan Seri Sekinchan dan Dewan Sri Bernam.

Empat pusat pemindahan sementara banjir di Daerah Sabak Bernam ditutup setelah semua kawasan penempatan selamat diduduki semula penduduk.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata pusat pemindahan sementara banjir itu adalah di Dewan Sungai Air Tawar, Dewan Parit Baru, Dewan Seri Sekinchan dan Dewan Sri Bernam, Sungai Besar.

Pusat pemindahan sementara diletakkan semula di bawah status aktif (tanpa mangsa). Dalam pada sama, Bilik Gerakan Bencana terus dibuka sehingga 21 Oktober 2016 (Jumaat).

Semalam, Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata ban Sungai Keramat di Kampung Batu 5 yang sedang dibaiki, pecah semula ketika air pasang menyebabkan banjir di kampung berkenaan.

Air turut melimpah melepasi sepanjang ban di Kampung Tok Muda, namun kawasan penempatan dan jalan raya tidak dinaiki air.

Begitu juga di daerah Sabak Bernam pula, benteng Sungai Air Tawar yang dibaiki semalam kerana pecah, rebak semula sepanjang 200 meter.

Bagaimanapun, keadaan selamat dan terkawal kerana penduduk telah berpindah awal ke pusat pemindahan.

-nR-