Categories
SELANGOR

Bina bumbung pasar pagi, pastikan rakyat selesa

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 17 OKT: ADN Damansara Utama, Yeo Bee Yin menyarankan pembinaan bumbung di sepanjang jalan yang terlibat dengan pasar pagi di SS2, Kelana Jaya dan Puchong.

yeo-bee-yin-kidexBee Yin berkata, projek pembinaan bumbung SS2 akan memberikan manfaat kepada peniaga dan pengunjung bagi jangka masa yang panjang.

“Pasar pagi di SS2 lebih berpuluh tahun di kawasan itu, untuk pindahkan mereka juga adalah susah terutama ia sudah menjadi kebiasaan penduduk.

“Disarankan untuk Belanjawan 2017 nanti, Kerajaan Negeri dapat memperuntukkan pembinaan bumbung di dua kawasan terbabit seperti di ‘Petaling Street’ kerana ini adalah keperluan dan keselesaan rakyat. Kalau hujan serta ribut juga tidak menjadi masalah kepada penjaja dan pengunjung,” katanya kepada Selangor Kini.

Difahamkan, terdapat 138 peniaga yang menjalankan perniagaan mereka bermula jam 6 pagi hingga tengah hari.

Bee Yin berkata, cadangan itu akan memberikan manfaat kepada penjaja yang berniaga lebih 30 tahun di kawasan terbabit.

-NFN-