Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

BN dicabar naikkan GST 8% sebelum PRU-14 jika yakin tak beri kesan rakyat

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Kerajaan Persekutuan dicabar menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 sekiranya mereka yakin cukai menekan itu tidak memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Cabaran itu dilontarkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin tercetus apabila beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menyatakan GST tidak memberi kesan sokongan rakyat kepada BN.

“Kalau yakin rakyat tetap sokong BN, saya cabar naikkan GST hingga lapan peratus sebelum PRU-14 nanti,” kata Tze Tzin ketika mencelah perbahasan Belanjawan 2017 oleh Budiman di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong yang turut mencelah berkata BN bertindak tidak jujur kepada pengundi apabila tidak berterus terang melaksanakan GST sekiranya menang dalam PRU-13 lalu.

Jelasnya, sekiranya BN yakin GST diterima dan tidak menjejaskan kehidupan rakyat, BN sepatutnya berterus terang dengan memasukkan pelaksanaan GST dalam manifesto pilihan raya mereka.

EZY