Categories
SELANGOR

PEKAWANIS Gombak Setia salur bantuan Deepavali

GOMBAK, 17 OKT: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) sekali lagi memberikan perhatian kepada golongan wanita yang kurang bernasib baik melalui penyampaian sumbangan bantuan tunai RM100 dan ‘goodies’ menjelang Deepavali.

PEKAWANIS Gombak Setia dipengerusikan Ruhaiza Muhammed, isteri Hasbullah Mohd Ridzwan, Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia sentiasa prihatin dan cakna terhadap nasib wanita terutama ibu tunggal dan warga emas.

Ruhaiza berkata, seramai 30 penerima dari kalangan penduduk DUN Gombak Setia yang rata-ratanya dari kalangan ibu tunggal dan juga warga emas yang berlangsung di Pejabat Adun Gombak Setia, Taman Berjaya, Batu Gombak.

Beliau menjelaskan setiap tahun PEKAWANIS merancang mempelbagaikan lagi program dalam usaha kita memastikan golongan yang serba kekurangan mendapat perhatian terutama ketika menjelang perayaan tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik, katanya.

Ruhaiza menyeru semua kaum India hadir mendapatkan maklumat dan informasi dengan mengikuti berbagai program dijalankan.

Setiap program diadakan pasti diedarkan semua maklumat terkini daripada Kerajaan Negeri agar rakyat tidak ketinggalan.

EZY