Categories
SUKANKINI

Penyokong yakin Selangor atasi T-Team, layak ke akhir Piala Malaysia

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG, 14 OKT: Selangor mampu ke perlawanan akhir Piala Malaysia sekiranya berjaya mempamerkan aksi cemerlang seperti mana ditontonkan pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, 1 Oktober lalu.

Dalam perlawanan itu, The Red Giants mengalah T-Team 2 – 1 untuk mengatasi lawan dengan agregat sama dan gabungan kelab penyokong, Gabungan Selangor Fan Club optimis pasukan kesayangan mereka mampu mengulangi kehebatan sama bagi menundukkan pasukan lawan dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam esok.

Wakilnya, Mohd Faizal Hamid, berkata biarpun bakal berdepan cabaran getir The Titans namun pihaknya yakin Selangor boleh mengatasinya dengan persembahan yang baik.

unnamed“Perlawanan malam esok mendebarkan kerana Selangor dan T-Team memerlukan gol untuk menang.

“Kita harap pemain Selangor akan mempamerkaqn satu persembahan baik dan jika boleh menjaringkan gol pada minit awal permainan,” katanya kepada SelangorKini.

Presiden Anak Selangor Fan Club itu ditemui bersama kumpulannya meraikan pemergian pasukan Selangor ke Kuala Terengganu di di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Beliau berharap The Red Giants mampu bertindak cemerlang dalam mengekang asakan T-Team seterusnya menghampakannya demi kemenangan juara bertahan Piala Malaysia itu.

“Semoga Selangor beroleh kemenangan dalam separuh akhir kedua ini nanti.

“Kita akan turun dengan lebih 1,000 penyokong dari Lembah Klang dan berharap akan bergabung dengan penyokong Merah Kuning di Kuala Terengganu nanti,” katanya.

-nR-