Categories
SUKANKINI

Selangor, Kedah ke akhir Piala Malaysia

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 15 OKT: Aksi akhir Piala Malaysia 2016 bakal menyaksikan pertemuan antara Selangor dan Kedah selepas kedua pasukan berjaya mengatasi lawan masing-masing pada pertemuan separuh akhir kedua sebentar tadi.

Selangor beraksi cemerlang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu apabila berjaya menyingkirkan T-Team dengan agregat 5-1, sementara Kedah mengatasi PDRM 2-1.

Selangor yang dikendalikan K Gunalan menang bergaya 3-0 mengaibkan T-Team di hadapan penyokong sendiri.

Sementara, anak buah Tan Cheng Hoe membawa bekalan kemenangan separuh akhir pertama 2-1 ke Stadium Hang Jebat, Melaka biarpun terikat keputusan seri 0-0, malam ini.

Selangor dan Kedah bakal berentap pada perlawanan akhir yang dijadulkan berlangsung 30 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

-nR-