Categories
SUKANKINI

Garang Racing raih 10 terbaik Malaysia Championship Series

OLEH HAFIZAN TAIB

SEPANG, 22 NOV: Garang Racing mencabar hebat dan berjaya menamatkan perlumbaan Malaysia Championship Series dalam kelompok sepuluh terbaik keseluruhan.

Perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang di sini, 13 November lalu, menyaksikan persaingan sengit 26 peserta tempatan dan antarabangsa dari awal hingga akhir perlumbaan.

Sim Kwong Teck yang mewakili Garang Racing dengan jentera Honda Integra DC5 berusaha keras mengatasi lawan dalam perlumbaan yang turut disertai peserta luar seperti Singapura, Indonesia, England dan Hong Kong itu.

“Aksi dan cabaran hebat pasukan lawan tidak mematahkan semangat Kwong Teck bagi mempamerkan pemanduan cemerlang.

“Beliau berjaya menamatkan saingan di tangga kesembilan dengan catatan masa terpantas 2 minit 35 saat,” kata Pengurus pasukan, Zulkifflee Hassan kepada SelangorKini.

Keputusan diraih pasti memberi motivasi kepada Garang Racing untuk mencatat kejayaan lebih membanggakan dalam perlumbaan akan datang.

=EZY=