Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Lulus pembinaan PPA1M, bukti Selangor peduli rakyat

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 21 NOV: Kerajaan Negeri telah meluluskan lapan projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) membabitkan pembinaan 6,108 unit kediaman di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, kelulusan itu telah dipersetujui dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangor Bil. 8/2016 bersama Ketua Unit PPA1M, Ismail Che Hassan, hari ini.

“Mesyuarat hari ini bersetuju meluluskan pemohonan tersebut tertakluk kepada kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan syarat-syarat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat.

40627285-b015-47bc-943b-8421bc9241fd“PPA1M disyaratkan membina 20 peratus Rumah Selangorku di setiap projek dan harga jualan maksima rumah PPA1M adalah RM300,000 dan pembeli Rumah Selangorku mestilah daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS),” katanya dalam kenyataan.

Iskandar berkata, kelulusan itu sekali gus membuktikan sikap keterbukaan Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu melibatkan kepentingan rakyat.

“Sebagai pulangan Kerajaan Negeri membenarkan kepadatan pembangunan PPA1M menurut kepadatan Rumah Selangorku. Ini bermakna di antara 80 hingga 120 unit seekar bergantung kepada PBT.

“Ini boleh berlaku kerana PP1AM bukan di bawah bidangkuasa Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesejahteraan Bandar yang mengambil sikap berkonfrontasi terhadap Kerajaan Negeri,” katanya.

-nR-