Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB harap orde dunia lebih adil dan saksama

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM,  9 NOV: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada calon Parti Republikan, Donald Trump yang mencapai impian memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) ke 45.

“Tahniah kepada Trump dan parti republikan untuk kemenangan bersejarah ini,” tulisnya dalam laman Twitternya.

Mohamed Azmin berharap orde dunia dengan lebih adil dan saksama dengan kemenangan Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru itu.

mb-tweet

Terdahulu, Ahli Perniagaan itu jauh meninggalkan pencabarnya, Hillary Clinton dari Parti Demokrat.

Kedua-dua calon perlu mendapatkan sokongan undi 270 kawasan pemilihan bagi memenangi pilihan raya terbabit.

Sementara itu, Hillary akur terhadap kekalahan tersebut dan menghubungi Trump untuk memaklumkan perkara itu.

Kemenangan Trump turut menyebabkan pasaran saham dunia jatuh dan mencetuskan kegusaran mengenai masa depan politik dunia terutamanya berhubung hala tuju kepimpinan Washington.

Trump dalam ucapannya berkata, beliau akan membina dan menambah baik infrastruktur di seluruh negara dan akan bekerjasama dengan negara yang menjalin hubungan baik dengan AS serta berlaku adil.

EZY