Categories
SELANGOR

MB puji inisiatif DNS mesra OKU

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 NOV: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memuji usaha pemerkasaan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang lebih mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menerusi laman Twitter, Mohamed Azmin turut mengucapkan tahniah atas usaha menggunakan bahasa isyarat dalam siaran langsung menerusi media rasmi Kerajaan Negeri, TVSelangor.

“Salah satu usaha DNS dilaksanakan ialah melalui sarana Bahasa Isyarat dalam siaran langsung. Syabas!,” tulisnya.

unnamedTerdahulu,Ketua Pengarang Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB), Cecelia Alphonsus berkata, pelaksanaan itu bertujuan memudahkan golongan OKU cacat pendengaran mengikuti dan memahami pengisian persidangan DNS.

“Kita mulakan inisiatif ini pada pembukaan sidang DUN tahun depan, dengan sasarannya lebih tertumpu kepada golongan OKU.

“Matlamatnya untuk memastikan tidak wujud keciciran dalam kalangan golongan itu menerima maklumat berkaitan dasar Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu, Speaker DNS, Hannah turut menyambut baik inisiatif tersebut dalam usaha pentadbiran negeri memastikan semua rakyat mendapat maklumat sewajarnya.

TV Selangor bakal menyediakan juru bahasa isyarat menerusi kaedah visual semasa persidangan Sidang Dewan berlangsung, pada penggal akan datang.

Ia boleh ditonton secara langsung di https://selangortv.my/ atau di laman Youtube dengan membuat carian, TV Selangor.

Beliau menyambut baik usaha berkenaan yang dilihat bakal memberikan perkembangan positif kepada proses penyampaian maklumat di negeri itu.

Selain TV Selangor, portal berita atas talian, SelangorKini di bawah Media Selangor juga merupakan media rasmi Kerajaan Negeri Selangor.

-nR-