Categories
SELANGOR

PADAT anjur program keseniaan Sabak Bernam

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 NOV : Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) menganjurkan Program Adat Perkahwinan dan Warisan Kesenian Melayu Selangor di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam, 27 November ini.

Inisiatif program berkenaan dilaksanakan bagi memberi pendedahan umum terhadap perkembangan budaya dan estetika keseniaan Melayu di negeri ini.

Program usahasama Majlis Daerah Sabak Bernam itu turut menyajikan pelbagai pertandingan dan pengisian sebagai galakan menarik lebih ramai masyarakat setempat untuk turun hadir beramai-ramai.

padatAntara program menarik disediakan, Pertandingan Gubahan Hantaran, Pertandingan Sajian Raja Sehari, Pertandingan Sirih Junjung Tradisional dan Peragaan Busana Tradisional.

Selain itu, turut diadakan Pertandingan Kompang Berirama, Sukan Rakyat, Persembahan Kebudayaan dan banyak lagi.

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang awam boleh melayari laman sesawang Facebook PADAT atau melunsuri www.padat.gov.my.

-nR-