Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Pemuda Umno biadab demo lempar baldi depan SUK

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 NOV: Sekumpulan pemuda Umno bertindak biadab dan kasar apabila melemparkan beberapa buah baldi dan botol air ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) di sini, hari ini.

Mereka kononnya menuntut agar pentadbiran Kerajaan Negeri mengambil pendirian tegas berhubung isu pencemaran air di Selangor.

Demostrasi itu diketuai Exco Pemuda Umno Selangor, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, mereka turut bertindak biadab apabila menggegar pintu pagar SUK.

Bahkan, mereka turut melaungkan kata-kata kesat merujuk kepada pentadbiran Kerajaan Negeri dan mendakwa kononnya wujud permainan politik oleh pentadbiran negeri berhubung kes pencemaran bau air.

Lebih memalukan, mereka turut melabel pentadbiran negeri dengan membawa pelbagai plakad dengan kata kesat dan tidak wajar.

demo-baldi1Sebelumnya, mereka hadir bagi menyerahkan memorandum kepada pentadbiran negeri bagi mendesak komitmen Kerajaan Negeri menangani permasalahan pencemaran bau air Selangor.

Hadir menerima memorandum berkenaan mewakili Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Negeri Shuhaimi Shafie.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menerusi Exco bertangungjawab, Elizabeth Wong konsisten memastikan isu pencemaran air dapat ditangani, menerusi pelbagai gerak kerja dan inisiatif di pihak Kerajaan Negeri.

demo-baldi3Ini termasuklah gerak kerja, Agensi Kerajaan Negeri Lembaga Urus Air Selangor yang mengadakan operasi 24 jam di tapak pembersihan Sungai Semenyih dan Sungai Buah.

Oktober lalu, Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup selepas berlakunya pencemaran yang didakwa disabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab.

EZY