Categories
SELANGOR

Tanah dipohon Persekutuan diwarta dahulu kepada SUK

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 NOV: Sebarang permohonan tanah oleh Kerajaan Persekutuan di Selangor pada masa akan datang bakal diwartakan terlebih dahulu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia juga akan ditadbir pihak berkuasa tempatan (PBT) sehingga Kerajaan Persekutuan mempunyai keupayaan membangunkan tanah berkenaan.

“Buat masa ini, kita membuat ketetapan untuk berbincang semula dengan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) mengenai tanah yang sudah diserah namun belum dibangunkan untuk tujuan pembinaan hospital, sekolah dan sebagainya.

“Kita mahukan penjelasan tentang keperluan semasa dan keupayaan kewangan di peringkat persekutuan sama ada bersedia atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung usul pembangunan di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar membangkitkan isu status tanah diserah kepada persekutuan yang masih belum dibangunkan setelah sekian lama.

EZY