Categories
GLOBAL

Trump menang Presiden Amerika Syarikat, saham Asia berkecamuk

WASHINGTON 9 NOV: Calon Parti Republikan, Donald Trump memenangi pilihan raya presiden AS selepas melepasi 270 undi elektoral.

Mengikut kedudukan semasa laporan laman web USA Today, calon Republikan itu kini selesa dengan 276 undi peringkat negeri manakala calon Demokrat, Hillary Clinton kekal dengan 218 undi.

Sementara itu, saham Hong Kong merekodkan kejatuhan terburuknya dalam tempoh sembilan bulan hari ini apabila susut hampir tiga peratus selepas pelabur di seluruh Asia melakukan jualan panik.

Indeks Hang Seng susut 2.8 peratus kepada 22,262.74 mata pada akhir sesi pagi, paras terendah dalam tempoh tiga bulan.

Indeks Hong Kong China Enterprises susut 3.9 peratus kepada 9,288.20, jatuh lebih lima peratus.

Mencerminkan peningkatan kebimbangan pelabur, HSI Volatility Index iaitu ukuran tekanan pasaran, melonjak ke paras tertinggi baharu iaitu 26, tertinggi sejak undian Brexit pada Jun.

Walaupun impak langsung pilihan raya AS ke atas China terhad, namun keputusan itu akan memberi “kesan sentimental kepada seluruh pasaran kewangan, jadi strategi yang sekarang adalah ‘menjauhi risiko’.”

EZY