Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Terima cadangan PTD, proses bidaan terbuka mohon milikan tanah negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 NOV: Sebarang proses cadangan untuk pemilikan tanah Kerajaan Negeri perlu dibuat secara terbuka dengan mengambil kira cadangan dikeluarkan daripada Pejabat Tanah Daerah (PTD), kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, keterbukaan tersebut perlu dilaksanakan secara sistematik bagi memastikan individu yang berminat untuk turut serta dalam proses pembidaannya.

“Kerajaan Negeri berpendirian terbuka untuk pastikan sebarang cadangan untuk proses lupus tanah kerajaan mesti dipamerkan dan dibuat pembidaan secara terbuka.

img_5521-800x533“Kaedah ini bagi memastikan pembidaan itu dibuat secara terbuka supaya mereka yang berminat boleh turut serta untuk melakukan pembidaan,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri membenarkan proses pemberi milikan tanah kerajaan secara jualan terus dengan melupuskan tanah kerajaan untuk selama-lamanya atau satu tempoh beberapa tahun sebagai balasan kepada bayaran cukai sewa.

Bagaimanapun tanah tersebut tertakluk kepada semua jenis tanah kerajaan di dalam Selangor, kecuali tanah milik, tanah rizab, tanah lombong dan tanah simpan.

Mereka yang layak memohon adalah warganegara Malaysia, perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan masing-masing memegang tanah.

Selain itu, pemohon berkelayakan adalah Raja-raja memerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa memegang tanah di bawah Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957.

-NFN-