Categories
SELANGOR

Tiada sokongan wakil rakyat bagi proses kelulusan Rumah Selangorku

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 NOV : Kerajaan Negeri menolak amalan meraih sokongan wakil rakyat untuk tujuan melancarkan proses kelulusan pembelian Rumah Selangor, malah ia sama sekali tidak laku.

Sebaliknya Exco Perumahan, Pengurusan Bandar Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, sistem permarkahan dibuat bagi menentukan individu yang benar-benar berkelayakan.

“Sokongan wakil rakyat tidak diamalkan,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Negeri (DNS), pagi ini.

Sebelumnya, Ahli Dewan Negeri (ADN), Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan membangkitkan persoalan sekiranya wujud spesifikasi dan kelayakan permohonan pembelian rumah mampu milik itu.

rumah-selangorku-alam-budiman-5-530x270Sebelum ini, konsep perumahan Selangorku menyediakan empat jenis rumah iaitu A berharga RM42,000, B (RM120,000), C (RM180,000) dan D (RM220,000 hingga RM250,000).

Berdasarkan penyelidikan Faktor Perumahan dijalankan Institut Kajian Khazanah (KRI), Rumah Selangorku menawarkan tiga varian; Jenis B dijual pada harga RM100,000 dengan keluasan 750 kaki persegi.

Sementara itu, Jenis C dari RM150,000 hingga RM200,000 (800-1080 kaki persegi) sementara Jenis D pada anggaran harga RM220,000 hingga RM250,000 berkeluasan 1,000 hingga 1,200 kaki persegi.

Sehingga kini, daripada segi anggaran pendapatan, Rumah Selangorku menjadi tumpuan golongan berpendapatan 0 hingga RM5,000 sebulan.

-nR-