Categories
SELANGOR

Wujud dasar baru pengkhususan rumah kebajikan, elak diskriminasi

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 NOV: Kerajaan Negeri disaran mewujudkan dasar baru spesifikasi pengkhususan semula pembangunan pembinaan rumah kebajikan yang diusahakan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negeri.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, ketetapan itu perlu dibuat bagi mengelakkan sebarang diskriminasi terhadap penghuni rumah kebajikan.

“Kita dapat melihat perkembangan rumah kebajikan negeri yang dibangunkan secara proaktif oleh pelbagai pihak dan invididu.

“Atas kapasiti inilah menetapkan supaya pembangunan rumah kebajikan ini perlu diletakkan di bawah pengkhususan baru yang perlu diuruskan secara konsisten.

“Usaha ini perlu dilaksanakan kerana kita takut berlakunya diskriminasi terhadap penghuni rumah kebajikan tersebut,” katanya.

rumah-kebajikanBeliau berkata demikian ketika mencelah sesi pertanyaan lisan di Dewan Negeri (DNS), di sini, pagi ini.

Kerajaan Negeri sebelum ini menyambut baik inisiatif diwujudkan pelbagai pihak membangunkan rumah-rumah kebajikan seluruh negeri untuk menempatkan golongan kurang bernasib baik.

Ini termasuklah sokongan peruntukan kewangan dan bantuan moral dizahirkan Exco bertanggungjawab, Dr Daroyah Alwi yang giat memastikan pembangunan rumah kebajikan negeri dibantu dan mendapat pemerhatian sewajarnya.

-nR-