Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kritik anak KPN miliki lesen jual senjata api, Azmin kesal tindakan polis

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 DIS: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kesal apabila dipanggil Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberikan keterangan susulan meminta siasatan dilakukan terhadap anak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memperoleh lesen perniagaan senjata api.

Menurutnya, kenyataan beliau yang meminta perkara itu disiasat disebabkan Khalid dalam satu kenyataan yang dilaporkan media berkata anaknya mendapat lesen perniagaan sebelum beliau menjadi jawatan itu..

“Kami amat kecewa dengan tindakan yang dilakukan polis untuk merakamkan keterangan atas satu pertuduhan bahawa saya mengkritik anak ketua polis negara.

azmin-parlimen“Sebenarnya, rakaman yang diberikan sebentar tadi satu ucapan saya yang meminta anak beliau disiasat apabila dilaporkan mendapat lesen penjualan senjata api.

“Saya sekadar minta siasat, adakah sistem hari ini, perdana menteri atau ketua polis negara tidak boleh disiasat sedangkan saya tunjuk laporan media,” katanya.

Mohamed Azmin dipanggil polis untuk memberikan keterangan susulan kenyataan yang mempersoalkan perolehan lesen perniagaan senjata api milik anak Khalid dalam satu ceramah.

Beliau yang tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam pada jam 5.00 petang ditemani peguam, N Surendran dan Latheefa Koya.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Mohamed Azmin berkata, pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana menekankan satu proses perolehan yang telus, terbuka dan bertanggungjawab.

-NFN-