Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

MB: HIJRAH lebih membantu, BR1M sogokan politik

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 DIS: Program pembiayaan perniagaan HIJRAH Selangor ternyata lebih berkesan memberdaya ekonomi rakyat berbanding pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemberian BR1M sekitar RM600 bertahan sekitar dua hari itu tidak mampu mengembangkan ekonomi rakyat malah ia tidak ubah seperti sogokan politik.

Azmin-Rakyat“Ini salah satu cara sogokan yang boleh dibuat dalam pelbagai bentuk kerana kalau ia satu bantuan untuk ekonomi, ia tidak memberdaya rakyat.

“Tidak seperti kita lakukan di Selangor, kita tidak sogok rakyat dengan tunai. Apa yang kita buat adalah memberdaya rakyat melalui HIJRAH,” katanya

Menerusi pembiayaan perniagaan HIJRAH Selangor peminjam boleh mengembangkan perniagaan dengan bantuan dari RM5,000 hingga RM50,000 tanpa dikenakan sebarang faedah.

Menyentuh soal kenyataan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menganggap BR1M bukan satu bentuk rasuah Mohamed Azmin berkata tidak adil untuk meletakkan kesalahan kepadanya.

“Kita kena lihat (BR1M bukan rasuah) dalam konteks apa. Tidak adil untuk meletakkan kesalahan kepada Presiden KEADILAN.

“Saya sudah nyatakan ini adalah salah satu bentuk sogokan, rasuah yang diamalkan Putrajaya,” katanya.

-nR-