Categories
SELANGOR

MPSJ belanja RM29,400 lengkapkan Laman Sukan USJ1

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 1 DIS: Sejumlah RM29,400 diperuntukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi melengkapkan Laman Sukan USJ 1 dengan lima peralatan ‘outdoor gym’.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, satu alatan permainan jongkang-jongkit turut disediakan dengan kos RM3,300.

“Lokasi ini dipilih memandangkan ia besar dan sering menjadi tumpuan ramai penduduk untuk menjalankan aktiviti riadah.

img_5882“Kita bercadang untuk menambah lebih banyak lagi alatan permainan untuk kanak-kanak,” katanya.

Peralatan ‘outdoor gym’ yang disediakan termasuk ‘double mirage walker’, ‘knee lift’, ‘ostrich rider’, ‘beam jump’ dan ‘trio station’.

Pusat rekreasi itu turut dilengkapi padang permainan, gelanggang bola keranjang dan futsal.

Pada masa sama, Hannah berkata, orang ramai perlu mempunyai kesedaran menjaga kemudahan disediakan dengan duit rakyat.

“Saya dapat aduan penduduk ada yang menjadikan gelanggang futsal sebagai medan ‘drift’ kereta.

“Saya mohon jangan salah guna kemudahan ini kerana ramai yang akan terkesan jika ia rosak dan tidak dapat digunakan lagi,” katanya.

-nR-