Categories
SELANGOR

Michelle anjur forum kesihatan mental atasi gejala bunuh diri

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 20 SEPT: Kesihatan mental merupakan aspek yang sangat penting bagi mengatasi kejadian membunuh diri khasnya membabitkan golongan pelajar di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze berkata, hal ini kerana statistik antara Mei hingga Ogos 2018 menunjukkan sebanyak empat kes bunuh diri atau percubaan bunuh diri telah dicatatkan di Subang Jaya.

“Secara puratanya satu kes setiap bulan dan sebab di Subang Jaya kes bunuh diri dan percubaan bunuh diri tinggi kerana di sini banyak universiti.

“Tekanan belajar amatlah tinggi dan ada juga kes pelajar gagal sesuaikan diri dengan persekitaran baru di tempat belajar, sebab itulah bilangan kes tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Forum Kesihatan Mental & Polisi Pencegahan Bunuh Diri di Universiti Sunway di sini, malam tadi.

Michelle berkata, beliau akan mengambil langkah proaktif bagi membendung gejala bunuh diri dalam kalangan pelajar di Subang Jaya.

Katanya, antara langkah yang akan diambil seperti mengadakan kursus kesihatan mental di sekolah-sekolah.

Katanya lagi, selain mengadakan kursus di sekolah, beliau turut menggesa masyarakat setempat memainkan peranan masing-masing menerusi rukun tetangga, persatuan penduduk dan lain-lain.

Sementara itu, forum yang dianjurkan malam tadi mendapat sambutan menggalakkan apabila dewan universiti itu dipenuhi kira-kira 500 hadirin.

Selain beliau yang bertindak sebagai moderator, forum itu turut membariskan panelis, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Psikatris Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Stephen Thevanan Jambunathan dan Psikatris Pusat Perubatan Sunway, Dr Khoo Yee Laim.

Selain itu turut bertindak sebagai penalis, Ketua Polis USJ 8, ASP Tuan Jasni Zolpa; Ketua Polis Bandar Sunway, ASP Tuan Sulaiman Baputy dan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, TPgB Tuan Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman.

Categories
SELANGOR

DUN Subang Jaya optimis jayakan kempen kesedaran kesihatan mental

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 19 SEPT: Kempen kesedaran kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri dijayakan bagi menangani isu berkaitan yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze berkata, kempen anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Subang Jaya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Universiti Sunway adalah langkah awal mengatasinya.

“Kita mengadakan perbincangan berhubung kempen ini di mana ia antara isu besar di DUN Subang Jaya kerana terdapat kes bunuh diri pernah berlaku.

“Kempen ini juga bagi memenuhi permintaan masyarakat tempatan di mana kalangan ibu bapa dan guru melihat kanak-kanak menghadapi cabaran kesihatan mental,” katanya selepas majlis perasmian ‘Mental Health Awareness and Suicide Prevention Campaign’ di Universiti Sunway di sini, hari ini.

Beliau berkata, di dalam program itu pihaknya juga menjemput Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh serta Ahli Parlimen Subang, Wong Chen bagi membincangkan isu berkenaan di dalam satu forum untuk diatasi mengikut undang-undang.

Katanya, Kerajaan Negeri juga meluluskan peruntukan RM1 juta sebelum PRU14 dan pihaknya berharap ia dapat digunakan untuk menangani masalah berkaitan.

“Pada sidang Dewan Negeri Selangor lalu, Exco Kerajaan Negeri, Dr Siti Mariah Mahmud mengumumkan satu kursus mengenai kaunseling akan dilaksanakan dan saya berharap dana ini boleh digunakan bagi tujuan kesihatan mental.

“Dengan kursus dijalankan itu boleh disertai orang ramai bagi memberi peluang kepada masyarakat khususnya penjaga, ibu bapa, guru yang menghadapi masalah seperti ini,” katanya.

Categories
SELANGOR

Campur tangan ADN, rungkai kemelut 24 tahun pembeli

 

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

PETALING JAYA, 27 FEB: Penantian 24 tahun buat 76 pembeli rumah Teres Dua Tingkat Bayu akhirnya terungkai selepas Pejabat Tanah Galian (PTG), Pejabat Tanah Daerah Petaling Jaya (PTD) dan wakil pemaju mencapai kata sepakat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, perbincangan yang menemukan semua pihak itu diatur pihaknya setelah menerima aduan daripada pembeli berkenaan status pindah milik yang sekian lama membelenggu mereka.

“Melalui dua mesyuarat diadakan pada 27 Oktober dan 30 November lalu, akhirnya PTD berjaya menyelesaikan masalah berlarutan.

“Dokumen permohonan pindah milik dihantar ke peguam juga diluluskan Dato’ Menteri Besar sekali gus membolehkan pembeli yang telah berhubung dengan peguam dipindah milik secara rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Pengumuman Status 76 Unit Rumah Teres Bayu, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau yang juga Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) berkata, proses itu mengambil masa empat minggu sebelum pindahan dimuktamadkan.

Katanya, 11 pembeli telah menghantar dokumen dan kesemua yang hadir telah menghubungi peguam.

Terdahulu, beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan agensi Kerajaan Negeri terlibat membantu menyelesaikan masalah itu.

Categories
SELANGOR

RM20,000 turap jalan, parkir surau Al-Mukminin

OLEH SABIRAH AZIZ

SUBANG JAYA, 30 NOV: Sebanyak RM20,000 diperuntukkan bagi menurap jalan masuk dan parkir di kawasan Surau Al-Mukminin di Jalan PJS 9/5, Bandar Sunway di sini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, peruntukan itu diberikan bagi memudahkan pengguna surau tersebut.

“Sebanyak RM20,000 diperuntukkan bagi kerja menurap semula permukaan jalan masuk dan menyediakan lapan petak parkir di kawasan surau ini.

“Ia siap sepenuhnya bagi kegunaan dan kemudahan komuniti dan pengunjung surau ini untuk beribadah dan melakukan pelbagai aktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertemu pengerusi dan ahli jawatankuasa Surau Al-Mukminin di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Datuk Sulaiman Mohd Hassan berkata, bantuan diberikan itu membantu penduduk dan komuniti surau untuk datang beribadah dan membuat aktiviti dengan lebih selesa.

“Walaupun tidak ramai penduduk Islam tinggal di sini, surau ini sentiasa penuh dengan pelbagai aktiviti dan turut menjadi kegunaan orang luar.

“Saya amat gembira dan bersyukur kerana dengan adanya penurapan jalan ini akan membuatkan mereka lebih selesa dan kerap datang ke sini,” katanya sambil menambah surau itu telah berusia kira-kira 17 tahun.

Sulaiman berkata, YB Hannah juga sering datang melawat ke surau itu untuk menghulurkan bantuan selain beramah mesra dengan komuniti.

“Saya amat berterima kasih dan menghargai inisiatif yang diberikan beliau kepada ahli komuniti surau selama ini,” katanya.

Categories
SELANGOR

Kompleks parkir betingkat SS15 mesra wanita dan OKU

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 31 JULAI: Penantian 20 tahun pengunjung pasar dan premis komersil menanti kemudahan parkir berakhir apabila Kompleks Letak Kereta Bertingkat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) siap dibina.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, isu kekurangan tempat parkir sebelum ini amat menyulitkan pengunjung pasar dan premis komersil di SS15.

Katanya, beliau gembira projek kolaborasi MPSJ, ahli majlis dan wakil rakyat itu akhirnya menjadi realiti di Dun Subang Jaya.

parkir 3“Saya juga ingin cadangkan MPSJ supaya tingkat paling atas dijadikan gelanggang rekreasi atau disewakan kepada orang ramai untuk majlis perkahwinan,” katanya selepas meninjau Bangunan Kompleks Letak Kereta Bertingkat MPSJ SS15, di sini.

Sementara itu, Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, projek pembangunan kompleks itu adalah inisiatif pihak majlis bagi mewujudkan persekitaran terancang dan teratur di premis komersil untuk keselesaan orang ramai.

Katanya, pembinaan parkir itu membabitkan kos pembinaan sebanyak RM11.1 juta bermula sejak 3 Mei tahun lalu dan siap pada 8 Julai tahun ini.

“Kemudahan itu ia dapat menyelesaikan masalah kekurangan tempat parkir di kawasan SS15, mengelakkan parkir haram di sekitar kawasan dan menyediakan tempat parkir yang selamat bagi penduduk dan peniaga.

“Tempat letak kereta ini percuma hingga 3 September ini. Selepas tamat tempoh, pengguna dikenakan caj bayaran ditetapkan,” katanya.

parkir 2Kemudahan parkir itu dibina berciri bangunan mesra alam, pencahayaan menggunakan lampu LED bagi tujuan penjimatan tenaga selain penggunaan cat lantai menggunakan bahan kimia epoxy yang selamat dan hijau.

Berkeluasan 6,2749 kaki persegi, bangunan empat tingkat itu menyediakan 630 petak parkir (605 petak) dalam bangunan dan (25 petak) parkir di luar bangunan termasuk 14 unit parkir bagi orang kurang upaya (OKU).

Ia juga turut mesra wanita, terdapat 12 unit parkir khas untuk pemandu wanita. Ia dilengkapi CCTV 24 jam yang dihubungkan terus ke Bangunan Ibu Pejabat MPSJ bagi tujuan pemantauan dan keselamatan selain tidak mempunyai elemen komersil lain.

Categories
SELANGOR

MPSJ perlu kerap pantau kemudahan taman rekreasi

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 1 DIS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) digesa untuk sentiasa memantau kemudahan disediakan di kawasan riadah dan rekreasi.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, ia termasuk audit berkala terhadap peralatan permainan dan ‘outdoor gym’ bagi menjamin tahap keselamatannnya.

Katanya, kerja penyelenggaraan juga perlu memastikan segala kemudahan itu selamat untuk digunakan terutama oleh kanak-kanak.

“Kebanyakan padang di Subang Jaya sudah dilengkapi dengan ‘outdoor gym’, jadi kerja pemantauan dan penyelenggaraan ini perlu dilakukan secara kerap.

????????????????????????????????????

“Seperti di Laman Sukan USJ 1 dilengkapi kemudahan tandas awam, maka diharap kebersihan dapat diberikan lebih perhatian untuk keselesaan orang ramai,” katanya.

Di Subang Jaya, ‘Outdoor Gym’ boleh didapati antaranya di padang USJ4, USJ5, USJ 11, USJ12, SS14, SS15 dan SS19.

Pada masa sama, Hannah juga menggesa Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan di kawasan padang bagi memantau aktiviti minuman beralkohol.

“Sebelum ini, kita dapat lihat tin ‘beer’ sahaja, tetapi kini kita dapati terdapat botol ‘hard liquor’ juga ditinggalkan.

“Kita tidak mahu aktiviti yang dilakukan secara terbuka di tempat awam ini mengundang bahaya kepada orang awam.

“Botol pecah ditinggalkanboleh mencederakan orang awam,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

MPSJ belanja RM29,400 lengkapkan Laman Sukan USJ1

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 1 DIS: Sejumlah RM29,400 diperuntukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi melengkapkan Laman Sukan USJ 1 dengan lima peralatan ‘outdoor gym’.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, satu alatan permainan jongkang-jongkit turut disediakan dengan kos RM3,300.

“Lokasi ini dipilih memandangkan ia besar dan sering menjadi tumpuan ramai penduduk untuk menjalankan aktiviti riadah.

img_5882“Kita bercadang untuk menambah lebih banyak lagi alatan permainan untuk kanak-kanak,” katanya.

Peralatan ‘outdoor gym’ yang disediakan termasuk ‘double mirage walker’, ‘knee lift’, ‘ostrich rider’, ‘beam jump’ dan ‘trio station’.

Pusat rekreasi itu turut dilengkapi padang permainan, gelanggang bola keranjang dan futsal.

Pada masa sama, Hannah berkata, orang ramai perlu mempunyai kesedaran menjaga kemudahan disediakan dengan duit rakyat.

“Saya dapat aduan penduduk ada yang menjadikan gelanggang futsal sebagai medan ‘drift’ kereta.

“Saya mohon jangan salah guna kemudahan ini kerana ramai yang akan terkesan jika ia rosak dan tidak dapat digunakan lagi,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Persempadanan semula: Hannah yakin Pakatan kekalkan kerusi

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 18 SEPT: Cadangan persempadanan semula beberapa kawasan di Selangor akan menyaksikan pertambahan penduduk yang drastik di DUN Subang Jaya.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh melihat DUN Kinrara dikecilkan dan pengundi dipindahkan ke DUN Subang Jaya.

“Cadangan ini akan menyaksikan kawasan USJ lain dimasukkan ke dalam Subang Jaya.

“Seperti yang kita tahu, Subang Jaya mempunyai kepadatan penduduk tinggi berbanding DUN lain.

“Ia akan memberikan pelbagai masalah sekiranya penduduk terlalu padat,” katanya kepada SelangorKini.

Menyifatkan ia sebagai taktik kotor, Hannah juga yakin cadangan itu juga bertujuan menyukarkan Pakatan membentuk kerajaan.

“Bagaimanapun, saya yakin kita akan mengekalkan kerusi di DUN ini.

“Cuma, kita akan berhadapan dengan masalah selepas itu nanti antaranya peruntukkan sedia ada akan terjejas. Jadi, ia memang mencabar,” katanya.

Pada masa sama, beliau sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor menunggu perkara itu dibincangkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) terlebih dahulu sebelum dibincangkan dalam Sidang Dewan Negeri.

“Kita tunggu MMKN bincangkan terlebih dulu,” katanya.

Baru-baru, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan sebanyak lima kawasan parlimen dan enam DUN di Selangor terbabit dalam proses persempadanan semula.

Lima kawasan Parlimen itu akan membabitkan Bangi (Serdang), Subang (Kelana Jaya), Petaling Jaya (Petaling Jaya Selatan), Damansara (Petaling Jaya Utara) dan Sungai Buloh (Subang).

Manakala untuk kerusi DUN kawasan terlibat adalah N.16 Sungai Tua yang nama asalnya (Batu Caves), N.21 Pandan Indah (Chempaka), N.26 Sungai Ramal (Bangi), N.36 Bandar Utama (Damansara Utama), N.45 Bandar Baru Klang (Sungai Pinang) dan N52 Banting (Teluk Datuk).

Kerusi Parlimen Subang dari KEADILAN, di bawah penyandangnya R. Sivarasah akan mengalami pengurangan pengundi seramai 73,448 orang yang dipindahkan ke kawasan Sungai Buloh.

-nR-

Categories
SELANGOR

Rumah Berhala Guan-Di peroleh kuasa selepas 20 tahun

OLEH: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 22 APR: Selepas lebih 20 tahun, Persatuan Pengurusan Rumah Berhala Guan-Di secara rasmi memperoleh kuasa menyelenggara dan mengurus tokong berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata tapak rumah ibadat itu sudah diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara pada 1 Oktober 2015.

Katanya, pewartaan itu menyatakan Kerajaan Negeri masih berkuasa ke atas tanah berkenaan.

Hannah Yeoh“Ia masih milik Kerajaan Negeri sementara Persatuan Pengurusan Rumah Berhala Guan-Di bertanggungjawab menyelenggara.

“Dengan ini tanah berkenaan tidak boleh dijual beli kepada mana-mana pihak dengan sesuka hati sebagaimana berlaku suatu masa dahulu,” katanya dalam sidang media di Tokong Guan-Di di sini, semalam.

Turut serta dalam sidang media itu ialah Pengerusi Persatuan Pengurusan Rumah Berhala Guan-Di, Koay Teng Koon dan penasihatnya, Soo Ah Swee.

Berkeluasan 445 meter persegi di Jalan PJS 7/13, pihak persatuan mula memohon pewartaan pada 2014 dan diluluskan dalam tempoh setahun.

Teng Koon berkata, kelulusan singkat itu menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah permohonan tanah bagi tujuan tapak rumah ibadat bukan Islam.

“Diharap lebih banyak rumah ibadat membuat permohonan kerana ia tidak sesukar yang dibayangkan sesetengah pihak,” katanya.

-nR-