Categories
SELANGOR

Kehilangan yang tiada ganti

SHAH ALAM, 21 FEB: Kehilangan insan tersayang lebih-lebih lagi yang melahirkan kita ke muka bumi ini pastinya meninggalkan kesan mendalam terhadap diri seseorang.

Perasaan sama turut dirasai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang kehilangan ibu tercinta, Che Tom Yahaya, ekoran serangan angin ahmar, pada 18 Februari lalu.

Menulis di Twitter, Mohamed Azmin merakamkan terima kasih atas doa dan ucapan takziah buat ibunya serta menghargai orang ramai yang hadir menziarah.

“Kehilangan bonda tiada gantinya, namun saya yakin kasih sayang dan cintanya yang tiada tara kepada saya akan kekal abadi.

“Terima kasih kepada semua atas ucapan takziah dan doa buat bonda saya. Semoga Allah SWT membalas kebaikan kalian. Ameen,” tulisnya.

Che Tom meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Pakar KPJ Damansara selepas mengalami serangan angin ahmar, sejak 10 Oktober tahun lalu.

Jenazah allahyarhamah selamat disemadikan di tanah perkuburan Kampung Klang Gate.

-AA-