Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB fokus bangun negeri, tak minat campur hal Jamal

OLEH HAFIZAN TAIB

BANTING 3 FEB: Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali akan memberi tumpuan kepada pembangunan rakyat dan negeri berbanding mencampuri urusan berkaitan Datuk Seri Jamal Yunus.

Ia kerana selaku Dato’ Menteri Besar, katanya, beliau mempunyai tanggungjawab lebih penting yang perlu diberi perhatian.

“Kita nak bincang masalah negara dan negeri. Saya tidak mahu terjebak dalam politik murahan seperti ini.

“Saya ada tanggungjawab untuk memajukan Selangor dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat ” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, biar perkara berkaitan dinilai sendiri rakyat kerana umum mengetahui pihak mana yang lebih memelihara kepentingan rakyat.

“Saya serahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian siapa yang benar-benar membantu menjaga kepentingan mereka atau sebaliknya,” katanya.

Semalam, Ketua Umno Sungai Besar itu ditahan polis bagi membantu siasatan kerana dipercayai terbabit dengan ‘serbuan’ di beberapa pusat hiburan yang didakwanya beroperasi menyalahi undang-undang.

-NFN-